Salam.
Alahai, cuaca panas pada sebelah petang hujung minggu agak merimaskan. Nak jalan-jalan, ke mana harus dituju. Nak santai di Water Front dalam keadaan yang agak panas, pasti tidak menyeronokkan. Pilihan yang ada hanya 2, jogging di Stadium Sukan atau beriadah di Kolam Renang.
|
Bahang kepanasan di Stadium Sukan |
|
Suasana Tebingan Sungai yang agak suram |
Yusuf Batuta, Arissa Sofea dan Azahra Sasabella dan mula gelisah. Nak tidur petang pun tak boleh. Lastly, pack semua keperluan termasuk towel, pelampung, kamera dan baju persalinan untuk ke Kolam Renang. Makanan? Tak payah, bukan jauh sangat.
|
Agak takut pada awalnya. |
Bila sampai di kolam renang, apalagi Dek Usop, Kak Yaya dan Kak Aa seronok tengok air. Mula-mula agak takut, maklumlah pengalaman pertama bagi mereka kecuali Kak Yaya, dah acap kali menelan air klorin. Hehe.
|
Kak Yaya, konfiden nak jadi Pandelela Rinong |
|
Kak Aa masih takut-takut. |
|
Dek Usop coba nak memahirkan diri. |
Hampir sejam, barulah keseronokkan timbul.Mereka seolah-olah tak mahu berhenti, walaupun badan dah mengigil kesejukan. Bibir pun dah bergetar kebiruan. Lebih-lebih lagi Dek Usop, walaupun muka agak selamba tapi kelincahan pergerakan dalam air menjanjikan seorang bintang sukan air akan muncul dari bumi Kenyalang.
|
Seronoknya. |
|
Kak Yaya seolah-olah tak mahu diganggu. |
Hampir pukul 6 petang barulah balik dari kolam renang. sesampai saja, di rumah demua nampak kelaparan dan kehausan. Maklumkan, seluruh anggota badan digunakan dalam pergerakan di air. Cepat-cepat mereka diberi makan sebelum merengek kelaparan. Selepas mandi, tak semena-mena mereka terus tertidur keletihan. Bahagianya mereka.
No comments:
Post a Comment