Sila klik

Monday 29 December 2014

GURU SEBAGAI PENYELIDIK


Salam.
Dalam entri yang lepas, telah dijelaskan secara sepintas lalu sejarah perkembangan Kajian Tindakan yang telah dipelopori oleh nama besar seperti John Dewey, Kurt Lewin dan Steven Corey. Juga telah dihurai tentang definisi Kajian Tindakan oleh beberapa orang pengkaji dan penyelidik akademik.


Di Malaysia pula, Kajian Tindakan mula diperkenalkan kepada guru melalui program PIER (Project Innovation, Excellence and Research) [baca di sini] yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1993. Pihak kementerian pada masa itu telah berusaha untuk menggalakkan budaya menyelidik di kalangan guru sekolah.

Sehingga kini, kedudukan Kajian Tindakan dalam pendidikan amat jelas. Semenjak Lewin memperkenalkan idea Kajian Tindakan, genre ini telah berkembang dan berubah. Kajian Tindakan dilihat sebagai penyelidikan yang berfungsi sebagai satu pelengkap (complementry) dan boleh bergabung dengan kaedah inkuiri yang lain. Dengan kata lain Kajian Tindakan dan idea guru sebagai penyelidik merupakan idea memperkenalkan cara untuk memperbaiki pendidikan melalui pemberian kuasa kepada guru dengan melibatkan mereka dalam pembentukan kurikulum.

Jelasnya, Kajian Tindakan merupakan salah satu pendekatan pengajaran dalam kelas mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:

  1. Membantu guru berhubung dengan penambaikkan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam kelas.
  2. Menyediakan ruang kepada guru untuk mengilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  3. Membantu guru untuk memperkembangkan professionalisme melalui proses penemuan kendiri.
  4. Oleh sebab guru mempunyai autoriti dalam kelas masing-masing maka Kajian Tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu pembelajaran murid.
  5. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu perubahan budaya lama dan seterusnya perubahan sikap. Penting untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti.
  6. Jika dilakukan secara berpasukan Kajian Tindakan dapat memupuk semangat kekitaan dan pemufakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksanaan kajian juga dapat diselesaikan bersama-sama.
Amat jelaslah bahawa Kajian Tindakan membawa beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah kerana guru memainkan peranan sebagai penyelidik yang mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran di kelasnya yang bertujuan untuk:

  • meningkatkan keberkesanan pengajaran guru
  • meningkat prestasi pembelajaran murid
  • mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek
Dalam entri yang selanjutnya, akan diterokai model-model Kajian Tindakan yang menjadi ikutan penyelidik tindakan.



Monday 22 December 2014

JOHN DEWEY - Pelopor Kajian Tindakan

Salam
Bila kita membicara tentang Kajian Tindakan maka terlintas di fikiran kita nama-nama besar yang telah menyumbang kepada perkembangan Kajian Tindakan sehingga kini. Antaranya John Dewey, Kurt Lewin dan Steven Corey di samping beberapa nama yang akan disebut dalam entri yang akan datang.


Konsep Kajian Tindakan telah dipelopori oleh John Dewey di Amerika Syarikat pada tahun 1920an, tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah selepas perang dunia kedua. Sekitar tahun 1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial, bertindak menggunakan pendekatan Kajian Tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah hubungan dalam komuniti setempat, prasangka kaum dan pembangunan semula soaial akibat perang. Perkembangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953 apabila beliau menggunakan Kajian Tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan guru-guru di sekolah. Kajian Tindakan ketika itu telah didefinisikan sebagai proses penyelidikan amalan kendiri bagi menyelesaikan masalah dalaman guru.

Jadi apakah definisi Kajian Tindakan dalam amalan di sekolah? Merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usaha sama (Pentadbir sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profession keguruan.

Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang Kajian Tindakan:



  • Kemmis & McTaggart (1988)
Kajian Tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatka kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
  • Ebbut (1985)
Kajian Tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. 
  • McNiff (1988) 
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.  
  • Somekh (1989) 
Kajian Tindakan ialah  satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.


    • Cochran-Smith dan Lytle (1990) 
    Kajian Tindakan merupakan kajian bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka meneroka isu-isu yang mereka sukai. Ia juga menyediakan satu kaedah yang formal bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai  sebahagian daripada  sumber maklumat  dalam pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam pendidikan. 
    • Kember dan Gow (1992)
    Kajian Tindakan melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

    Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam Kajian Tindakan, namun kebanyakannya bersetuju bahawa Kajian Tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan di sesebuah organisasi atau komuniti. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik oleh individu atau kumpulan. Kesimpulannya, Kajian Tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri.




    Saturday 20 December 2014

    Khasiat Kopi Untuk Wanita

    Kedai Kopi, Kopi Thiam,

    Seperti yang dijanjikan, posting kali ini adalah lanjutan daripada posting yang terdahulu. Dalam posting yang terdahulu antara lain dibicarakan tentang asal-usul kopi dan jenis-jenis kopi yang tersohor di dunia. Nyata sekali sangkaan kita agak meleset sebelum ini yang menganggap negara kita sebagai salah sebuah kawasan pengeluar kopi dunia. Daripada 10 pengeluar kopi dunia, Malaysia tidak disenaraikan malah kita banyak mengimport kopi dari Indonesia.  Negara yang tersenarai sebagai gergasi kopi dunia ialah Brazil, Vietnam, Columbia dan diikuti oleh Indonesia.

    Ternyata pengaruh kopi dalam kehidupan seharian kita agak hebat. Lihat sajalah apabila kita mengunjungi ke rumah rakan, pasti akan dihidangkan dengan kopi. Ataupun teliti saja, kedai-kedai menjual minuman walaupun bukan hanya kopi yang dijual tetap saja dinamakan kedai kopi. Walhal di sana dijual air teh, minuman berkarbonat, minuman cokelat atau waima minuman terlarang sekalipun. Atau amati saja pada setiap pagi dan petang, kedai kopi dijadikan tempat mengadakan temujanji, tempat lepak dan tempat bersantai bagi orang lelaki terutama ahli-ahli Kelab Pesara.



    Disebabkan kopi sebagai salah satu minuman yang popular di Malaysia, maka ramailah yang ingin mengaut keuntungan dari kopi. Berbagai jenama kopi dengan pelbagai perisa telah diperkenalkan. Kononnya mempunyai khasiat yang luar biasa. Sebut saja Kopi Tongkat Ali, Kopi Ginseng, Kopi Kacip Fatimah, Kopi Kalogen, Kopi Herba malah di sempadan terkenal dengan Kopi Pangku (tanya kepada yang suka pergi ke Serikin atau ke Badau - batas sempadan antara Indonesia dan Sarawak).
    Tongkat Ali, Ginseng, Kacip Fatimah, Kalogen, Herba



    Dari segi kesihatan, banyak kajian saintifik telah dijalankan dan ditemui kopi memberi banyak manfaat kepada kita, antaranya:

    1. Melindungi jantung dan mencegah strok.
    2. Mengurangkan risiko diabetes
    3. Menjaga kesihatan hati
    4. Meningkatkan kecerdasan otak
    5. Membantu melegakan sakit kepala.
    6. Membantu proses pemecahan lemak
    7. Menguatkan daya tahan (sistem immune)
    8. Mencegah kanser kulit
    Gambar hiasan

    Wanita di luar sana jangan was-was untuk meminum kopi kerana terdapat juga manfaat untuk kecantikan. Antaranya:

    1. Meneutralkan iritasi kulit 
    2. Memberi nutrien kepada kulit
    3. Menghilangkan bekas jerawat dan jeragat.
    4. Memperbaiki sel kulit tang rosak.
    5. Menghilang bau badan
    Buktinya terdapat masker dan scrub yang dihasilkan dari serbuk kopi, malah di pusat rawatan kulit atau SPA komponen dari kopi memang lumrah digunakan. Fikirkan dan ubahlah persepsi tentang kopi.


    Wednesday 13 August 2014

    DARI LENSA ABANG PREUDRUS SEMASA RAMAH TAMAH IDUL FITRI 1435 SK ABANG AING - Wordless Wednesday (WW)

    Salam.
    Setiap hari Rabu, ramai blogger membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan. Terpulanglah kepada pengunjung untuk membuat satu persepsi sendiri. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.














    Wednesday 2 July 2014

    Khasiat Buah Kurma

    Salam.
    Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan kita juga, kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.

    Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat dan telah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah S.A.W. juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan sejarah baginda.


    "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"
    - Al-Mukminah ayat 19

    Rasulullah S.A.W. telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayat oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

    "Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda:
    "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


    Khasiat kurma 'Ajwah' sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. sesuai dengan kemuliaannya sebagai buah kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

    Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini seperti yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa A.S. sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 yang kira-kira bermaksud:

    "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masa"


    Hasil kajian telah membuktikan bahawa buah kurma adalah makanan yang paling cepat diproses sebagai tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar menjadi tenaga dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Berdasarkan hakikat ini, Rasulullah S.A.W. menganjurkan kita berbuka dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas yang bermaksud:

    "Rasulullah S.A.W. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang . Sekiranya tiada terdapat kurmka, maka baginda Rasulullah S.A.W. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur maka baginda meminum beberapa teguk air"


    Di samping itu juga, pakar perubatan dan pemakanan telah membuktikan buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau lepas bersalin. Hal ini berasaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada bonda Nabi Isa.


    Jadi kesimpulannya, bagi yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian khususnya di waktu pagi. Lebih-lebih lagi semasa umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa. Mulalah berbuka dengan buah kurma dan mulalah bersahur dengan buah kurma.

    Mudahan-mudahan dengan amalan memakan buah kurma yang berterusan, kita terhindar dari berbagai kemungkinan yang menjejaskan tahap kesihatan kita. Amin




    Wednesday 25 June 2014

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
    Salam.
    Mengimbau kembali kembali detik pelancaran laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelan tersebut begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan pada 11 September tahun lalu mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bagi  tempoh 13 tahun akan datang. 

    Sebelas anjakan yang digariskan adalah:
    1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
    2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
    3. Membangun rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
    4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
    5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
    6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
    7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
    8. Menambahbaik keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
    9. Bekerjasama dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
    10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
    11. Meningkat ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
    11 anjakan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


    Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.

    Gelombang 1 (2013-2015)
    • Peningkatan dalam kemahiran guru.
    • Kualiti pengajaran.
    • Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah.
    • Mutu kepimpinan sekolah.
    Gelombang 2 (2016-2020)
    • Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baru.
    • bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
    Gelombang 3 (2021-2025)
    • Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebehi standard minimum. 
    5 aspek sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


    Thursday 19 June 2014

    Indahnya Tempat Kelahiranku - Kampung Bako


    Salam.
    Kampungku, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di sepanjang Sungai Bako, menghala ke Laut Cina Selatan. Kedudukannya antara Gunung Rasah dan Gunung dan Gunung Bako, mendatangkan rahmat kepada penduduknya dari tiupan angin monsun terutama pada musim tengkujuh. Itulah Kampung Bako, telah mula didiami sekitar tahun 1853 - 1854. Mengikut cerita, Kampung Bako mula diterokai oleh Datuk Rajit dan Datuk Hunah.


    Pemandangan Kampung Bako dari 2 sudut yang berbeza.
    Dengan jarak sejauh 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa selama 20 minit jika menaiki kereta, Kampung Bako merupakan pintu masuk ke Taman Negara Bako. Dari jeti Kampung Bako, pelancong akan menaiki bot untuk mengunjungi Taman Negara Bako yang menyediakan suasana hutan hujan, flora dan fauna serta panorama pantai yang cantik.

    Bersedia untuk ke Taman Negara Bako
    Batu Sapi, mercu tanda Taman Negara Bako.
    Pulau Lakei, syurga bagi pemancing tegar
    Selamat Datang Ke Taman Negara Bako
    Bertepatan dengan identitinya sebagai perkampungan nelayan, maka rutin harian penduduknya adalah tertumpu kepada aktiviti di sungai atau laut. Beberapa tahun dulu, Kampung Bako sinonim dengan makanan dari hasil laut iaitu belacan dan cencaluk. Dengan peredaran masa, aktiviti nelayan hanya sebagai pekerjaan sampingan untuk kebanyakan penduduk Kampung Bako.

    Aktiviti menangkap 'bubuk' (udang halus)
    Antara aktiviti nelayan tempatan.
    Walaupun berada di perantauan, namun tempat kelahiranku masih dirindui. Kehidupan semasa zaman kanak-kanak sering mengimbau kenangan. Lebih-lebih lagi ketika bergelumang dengan pasir dan lumpur ketia memungut siput dan kepah. Juga ketika bermandikan air laut mencari ubur-ubur dan memasang belat. Alangkah indahnya, tempat kelahiranku.


    Sunday 8 June 2014

    SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Biar Orang Lain Cuti..........

    Jadual Kelas Tambahan Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2014





    SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Biar Orang Lain Cuti..........: Salam. Tajuk entri di atas agak menarik "Biar Orang Lain Cuti, Kamek Sik Cuti - ada Kelas Bimbingan." Dalam usaha untuk menja...

    Saturday 17 May 2014

    MESEJ DARIPADA PASUKAN iTHINK

    Salam.
    Sempena dengan sambutan Hari Guru 2014, saya kongsikan 'Mesej Dari Pasukan iThink' yang telah diterbitkan dalam majalah online HOT (High Order Thinking Skills), volume ke 19 Mei 2014 yang dapat diakses di sini.

    Majalah HOTS

    Apa Khabar i-THINKers! Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Pencetus kreativiti, penjana Inovasi" tepat menggambarkan peranan penting mereka dalam pembangunan negara.
    Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei ini, HOTS ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para pendidik yang berusaha keras untuk membimbing generasi-generasi masa hadapan negara yang akan menyumbang kepada pembangunan modal insan yang akhirnya akan membantu kita untuk mencapai wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju. 
    Pemenang Hadiah Nobel dan ahli fizik teori Albert Einstein pernah berkata: "Ia adalah seni tertinggi guru untuk menyedarkan kegembiraan dalam ungkapan kreatif dan pengetahuan" dan kami berharap guru-guru akan terus menerapkan sifat-sifat ini di kalangan pelajar. 
    Selamat maju jaya diucapkan kepada guru-guru yang baru terlibat dalam program i-THINK dan berharap ianya membawa manfaat kepada anda dan murid-murid. 
    Peraduan HOTS menawarkan sebuah sebuah lagi Samsung Galaxy Tab 3 sebagai hadiah dan kami berharap lebih ramai murid-murid akan mengambil bahagian dalam peraduan ini.
    Kami berharap artikel-artikel yang disiarkan dalam isu ini adalah berguna kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu-bapa dan kami berbesar hati untuk menerbitkan artikel atau komen dari anda.
    HOTS juga ingin mendengar pendapat pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu-bapa dan digalakkan menghantar semua pertanyaan, video klip, testimoni atau pengalaman dan sumbangan lain kepada www.facebook.com/ithinkschools atau www.twitter.com/ithink schools.
          Terima Kasih!
    Untuk lebih memahami konsep dan falsafah program iTHINK, sila langgan secara percuma majalah online HOTS. Keterangan lanjut tentang prosedur mendaftar, melanggan dan muat-turun boleh didapati di http://www.ithink.org.my/Home/Index Sila klik pada ikon 'Sign Up NOW!'. Selamat ber iThink.

    SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Program Mutiara Benak - Ke Arah Kecemerlangan Calo...

    SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Program Mutiara Benak - Ke Arah Kecemerlangan Calo...: Fenomena benak yang menggerunkan. Salam. "Benak", mengikut  Wikipedia , ia bermaksud fenomena air pasang yang membawa arus ...

    Sekadar mengimbas kembali usaha tahun 2013.

    Tuesday 13 May 2014

    Status Pencapaian Malaysia Dalam PISA (Programme For International Students Assessment)


    Salam.
    Sebenarnya lama dah berhajat nak tulis tentang entri di atas. Akibat kesibukan, ianya sentiasa berada dalam status 'draf'. Pada mulanya tajuk entri "Status Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara", tak manis dibaca dan siapalah kita nak hentam sistem pendidikan negara sendiri. Walau apa-apapun, yang pentingnya maklumat dalam entri ini dapat dikongsi bersama.

    Laporan terkini PISA
    Pencapaian  Pelajar Malaysia lebih tinggi dalam matematik tetapi menurun dalam keupayaan membaca dan kemahiran sains, merujuk kepada laporan Programme for International Student Assessment (PISA) yang telah dikeluarkan awal Disember tahun lepasKeputusan laporan  tersebut menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini. PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

    Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang telah diumumkan:
    NEGARA
    MATEMATIK
    SAINS
    MEMBACA
    Singapura
    573
    551
    542
    Vietnam
    511
    528
    508
    Thailand
    427
    4414
    441
    Malaysia
    421
    420
    398
    Indonesia
    375
    382
    396
    Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melibatkan 510,000 pelajar berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia.
    Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi pelajar kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).
    Walaupun pelajar Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor purata bagi negara-negara OECD.
    Jadi apakah tindakan susulan Kementerian Pendidikan untuk mengatasi keadaan di atas? Ini termasuklah dasar dan agenda kementerian yang telah diperkenalkan seperti di bawah: