Sila klik

Wednesday 18 December 2013

10 Haruman Terhebat Untuk Wanita.

Salam
Haruman menyediakan rasa eksotik kepada personaliti seseorang individu. Wangian lelaki adalah kaya, gigih dan kompleks di mana wangian wanita adalah bersifat bunga dan romantis.

Berikut adalah senarai 10 teratas wangian eksotik untuk wanita.

1. Calvin Klein OBSESSION.
    Wangian Hebat Untuk Wanita
    seterusnya baca sini


Obession, Calvin Klein, haruman deria yang provokatif, sentuhan hijau bunga-bungaan
Obsession - Calvin Klein


Calvin Klein OBSESSION,  haruman deria yang provokatif  diadun khasnya untuk wanita. Diolah dengan haruman purba dan digabungkan dengan sentuhan hijau bunga-bungaan, ia mewakili kewanitaan seorang wanita dengan cara yang terbaik. Meninggalkan kesan yang kuat ke atas lelaki yang berada di sekeliling.

2. Light Blue by Dolce & Gabbana
    Satu Kemestian Untuk Wanita
    baca sini
Light Blue dari Dolce & Gabbana, keghairahan hidup, mawar putih, jasmine, wangian feminin
Light Blue - Dolce & Gabbana
Wangian Light Blue memberi satu kegembiraan yang ketara. Wanita akan mengalami kebahagiaan, dan keghairahan hidup. Aroma Light Blue menggabungkan pesona mawar putih menyerlah dan keharuman jasmine yang mempersonakan. Merupakan wangian feminin yang memberikan rasa kebahagiaan yang sebenar.

3. Euphoria by Calvin Klein
   Wangian Keghairahan.

Euphoria, Calvin Klein, keghairahan, bunga teratai, okid hitam, fantasi, seksi
Euphoria - Calvin Klein

Calvin Klein memperkenalkan Euphoria pada tahun 2005. Euphoria adalah satu haruman yang penuh dengan keghairahan dicipta untuk wanita. Haruman Euphoria diadun dari gabungan bunga teratai dan orkid hitam. Ia mempunyai sentuhan ambar, krim dan herba hutan. Euphoria melambangkan fantasi, seksi dan daya tarikan. Ia membuatkan wanita melangkah ke dunia keseronokan dan godaan.

4. Juicy Conture Eau De Parfum
   Salah Satu Haruman Terbaik Wanita

Juicy Counture, aroma buah-buahan, kesegaran, epal hijau, tembikai, limau mandarin, plum
Juicy Counture


Ia adalah haruman ghairah dipenuhi dengan aroma buah-buahan. Juicy Counture menggabungkan kesegaran epal hijau dengan tembikai, limau mandarin, plum dan "honeysuckle". Tidak syak Juicy Counture merupakan  wangian ghairah yang boleh menambah percikan kepada kehidupan wanita.

5. Safari by Ralph Lauren
    Wangian Yang Paling Laris 2012
Safari, Ralph Lauren, paling laris, aroma flora yang lembut,
Safari - Ralph Lauren
Safari adalah minyak wangi yang merupakan gabungan lemon, kulit kayu manis dan gaharu. Wangian Ralph Lauren lambang inspirasi dari gaya hidup Amerika. Aroma flora yang lembut diseimbang dengan kehangatan  kulit  kayu manis dan lavender. Itulah Safari by Ralph Lauren.

6. Romance by Ralph Lauren
   A Cool Cologne For Ladies
Romance, Ralph Lauren, perasaan cinta, menggoda, romantis
Romance - Ralph Lauren
Apa yang hendak dikatakan tentang haruman yang memberahi ini. Romance adalah salah satu daripada wangian paling terkenal yang membangkitkan perasaan cinta wanita. Ia digabungkan dengan intipati kayuan hutan baldu dan kasturi yang menggoda. Mempunyai bau halus dan lembut bunga yang berkembang dengan perasaan romantis.

7. Calyx Eau De Perfume
    Antara Wangian Wanita Yang Paling Popular

Calyx Eau De Perfume, aroma penuh tarikan, haruman feminin
 Calyx Eau De Perfume

Calyx mempunyai aroma yang penuh tarikan. Merupakan bauan yang ringan dan manis yang akan bertahan lama selepas digunakan. Menerbitkan haruman daripada limau gedang. Haruman feminin ini sering dianggap sebagai wangian cinta.

8. Kiss Her By Kiss
   Haruman Terbaik Untuk Wanita

Kiss Her, Kiss, rem,pah, mahagoni, aroma peppercorns, spicy touch
Kiss Her By Kiss

Wangian ini mempunyai kombinasi unik rempah dan mahogani. Menerbitkan secara serentak bau manis, misteri dan menarik. Aroma  "peppercorns" menyediakan "spicy touch"  wangian Kiss Her. Ia melambangkan wangian halus, rayuan dari seorang wanita setiap hari.


9. Escape by Calvin Klein
   Wangian Yang Bagus Untuk Wanita

Escape, Calvin Klein, haruman marin, mewah,
Escape by Calvin Klein

Escape adalah aroma feminin yang  diklasifikasikan sebagai haruman marin. Bauan mewah ini diterbitkan dari campuran epal, limau mandarin, pic, bunga ros dan plum. Ia juga digabungkan dengan beberapa kemasan kasturi dan gaharu. Wangian ini telah diwujudkan pada tahun 1991 dan sejak itu sentiasa berada pada carta teratas. 

10. Jessica Mcclintock 
     Haruman Yang Menepati Citarasa Wanita

Jessica Mcclintock, citrus, mawar putih, jasmine , selasih
Jessica Mcclintock


Wangian ini adalah daripada adunan bunga digabungkan dengan haruman sitrus. Jessica Mcclintock menyediakan wangian dengan haruman yang canggih. Wangian yang dari kombinasi bauan mawar putih, jasmine, selasih dan lemon menjadikan wanita berasa teruja. Sesuai digunakan pada siang hari.

Dalam entri yang akan datang, beberapa jenis haruman yang menjadi kegilaan lelaki seluruh dunia. Ingat bukan sahaja wanita yang gemar berbau wangi, lelaki juga tetapi khas untuk wanita.










4 comments:

  1. Pilihan di tangan kita, samada nak pilih yang original di supermarket atau yang reject secara online. Mutunya sama, cuma harganya sehingga 50% perbezaan.

    ReplyDelete
  2. Saya memang peminat setia wangian calvin klein. Tapi dah tak sempat nak pergi membelinya... Maaf lama tak singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieta, mesti cuba yang terhangat di pasaran sekarang. 1 Million dari Paco Rabbanne.

      Delete
  3. Sy menjual original perfume..
    Add weechat sy mickeydrop92

    ReplyDelete