Sila klik

Wednesday 25 June 2014

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Salam.
Mengimbau kembali kembali detik pelancaran laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelan tersebut begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan pada 11 September tahun lalu mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bagi  tempoh 13 tahun akan datang. 

Sebelas anjakan yang digariskan adalah:
  1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
  2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
  3. Membangun rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
  4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
  5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
  6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
  7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
  8. Menambahbaik keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
  9. Bekerjasama dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
  10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
  11. Meningkat ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
11 anjakan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.

Gelombang 1 (2013-2015)
  • Peningkatan dalam kemahiran guru.
  • Kualiti pengajaran.
  • Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah.
  • Mutu kepimpinan sekolah.
Gelombang 2 (2016-2020)
  • Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baru.
  • bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang 3 (2021-2025)
  • Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebehi standard minimum. 
5 aspek sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


Thursday 19 June 2014

Indahnya Tempat Kelahiranku - Kampung Bako


Salam.
Kampungku, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di sepanjang Sungai Bako, menghala ke Laut Cina Selatan. Kedudukannya antara Gunung Rasah dan Gunung dan Gunung Bako, mendatangkan rahmat kepada penduduknya dari tiupan angin monsun terutama pada musim tengkujuh. Itulah Kampung Bako, telah mula didiami sekitar tahun 1853 - 1854. Mengikut cerita, Kampung Bako mula diterokai oleh Datuk Rajit dan Datuk Hunah.


Pemandangan Kampung Bako dari 2 sudut yang berbeza.
Dengan jarak sejauh 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa selama 20 minit jika menaiki kereta, Kampung Bako merupakan pintu masuk ke Taman Negara Bako. Dari jeti Kampung Bako, pelancong akan menaiki bot untuk mengunjungi Taman Negara Bako yang menyediakan suasana hutan hujan, flora dan fauna serta panorama pantai yang cantik.

Bersedia untuk ke Taman Negara Bako
Batu Sapi, mercu tanda Taman Negara Bako.
Pulau Lakei, syurga bagi pemancing tegar
Selamat Datang Ke Taman Negara Bako
Bertepatan dengan identitinya sebagai perkampungan nelayan, maka rutin harian penduduknya adalah tertumpu kepada aktiviti di sungai atau laut. Beberapa tahun dulu, Kampung Bako sinonim dengan makanan dari hasil laut iaitu belacan dan cencaluk. Dengan peredaran masa, aktiviti nelayan hanya sebagai pekerjaan sampingan untuk kebanyakan penduduk Kampung Bako.

Aktiviti menangkap 'bubuk' (udang halus)
Antara aktiviti nelayan tempatan.
Walaupun berada di perantauan, namun tempat kelahiranku masih dirindui. Kehidupan semasa zaman kanak-kanak sering mengimbau kenangan. Lebih-lebih lagi ketika bergelumang dengan pasir dan lumpur ketia memungut siput dan kepah. Juga ketika bermandikan air laut mencari ubur-ubur dan memasang belat. Alangkah indahnya, tempat kelahiranku.


Sunday 8 June 2014

SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Biar Orang Lain Cuti..........

Jadual Kelas Tambahan Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2014





SK ABANG AING, SRI AMAN, SARAWAK.: Biar Orang Lain Cuti..........: Salam. Tajuk entri di atas agak menarik "Biar Orang Lain Cuti, Kamek Sik Cuti - ada Kelas Bimbingan." Dalam usaha untuk menja...