Sila klik

Sunday 30 September 2012

Tahniah! Bonus Sebulan Setengah Gaji Untuk 1.3 Juta Penjawat Awam & RM500 Untuk Pesara Kerajaan

Dato Seri Najib Tun Razak ketika Pembentangan Bajet 2013

Wow. Bonus sebulan setengah gaji.
Disebabkan angka penjawat awam agak tinggi, pastinya rata-rata perhatian tertumpu mata dan telinga terarah kepada pengumuman Perdana Menteri tentang bonus penjawat awam dalam Pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat yang lalu.

Memang kebiasaanya, pengumuman bonus penjawat awam diumumkan pada bahagian akhir Pembentangan Bajet. Kita yakin, bila sahaja Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkannya, semua merasa lega dan bersyukur.

"Maknanya sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah gaji. Seperti yang kita tahu, dari jumlah ini, setengah bulan telah pun diberikan menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, sejumlah setengah bulan lagi akan diberikan pada bulan Disember kelak manakala setengah bulan lagi akan diberikan pada bulan Januari nanti. Diharap pemberian bonus ini akan mengurangkan beban para penjawat awam terutama yang berkeluarga sempena musim awal persekolahan."

Sebelum ini bonus penjawat awam yang paling tinggi iaitu pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Walau apa-apa persepsi dan reaksi yang timbul yang pihak-pihak yang di luar sana, initipati Bajet 2013 memang menepati "Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat."

Saturday 29 September 2012

Bajet 2013




" This Government has never promised the moon, the stars or the galaxy. We have never painted a pretty picture based on wishful thinking. As a responsible Government, we continue to speak the truth even though it may be unpleasant. We have never misled to the rakyat with tall tales. On the other hand, we have always offered solution and provided good leadership to every problem faced by the rakyat." Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fokus Bajet 2013

  1. Merangsang Aktiviti Pelaburan.
  2. Memperkasakan Pendidikan dan Latihan.
  3. Membudayakan inovasi, Meningkat Produktivi.
  4. Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam.
  5. Mensejahterakan Rakyat.

Peruntukan Bajet 2013

  1. Perbelanjaan Mengurus : RM201.9 bilion
  2. Perbelanjaan Pembangunan : RM49.7 bilion
  • Sektor Ekonomi : RM30 bilion
  • Sektor Sosial : RM11.1 bilion
  • Sektor Keselamatan : RM4.6 bilion
  • Pentadbiran Awam : RM2 bilion
  • Simpanan Luar Jangka : RM2 bilion


Sekilas Pandangan

Hasil Kerajaan 2012 : RM207.2 bilion
Hasil Kerajaan 2013 : RM208.6 bilion
Difisit Kerajaan 2012 : 4.5%
Difisit Kerajaan 2013 : 4.0%
KDNK 2012 : 4.5% - 5.0%
KDNK 2013 : 4.5% - 5.5%

- mungkin bersambung


Saturday 15 September 2012

Seorang Wira Negara

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau
Dilahirkan di pada tahun 1945, di Rumah Panjang Kerangan Manok, Nanga Meluan Pegawai Waran I (B) Datuk Temenggong Kanang anak Langkau tidak pernah terfikir menjadi anggota tentera dan seterusnya dianugerahkan dua pingat tertinggi negara. Ianya bermula sewaktu menghantar beberapa orang pemuda untuk menghadiri temuduga dan beliau terus ditawarkan masuk ke perkhidmatan tentera dalam "Sarawak Rangers". Kemudian sebagai sebahagian dari tentera British menjadi "Iban Tracker" pada 21 April 1962. Beliau diserap dalam perkhidmatan "Malaysian Rangers" bila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963. Datuk Temenggong Kanang meninggalkan perkhidmatan tentera selepas berkhidmat 21 tahun.

Dengan semangat juang pahlawan Iban "Agi Idup Agi Negelaban", beliau menyusuri detik-detik perkhidmatan beliau dalam angkatan tentera dengan gigih dan berani. Beliau diiktiraf sebagai pejuang negara bila dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani dan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Mengimbas kembali sejarah awal beliau dalam angkatan tentera, Datuk Temenggong Kanang mendapat latihan asas ketenteraan dari tentera Gurkha di Changi, Singapura. Pernah menghadiri latihan di "Jungle Warfare School", Ulu Tiram, Johor. Kemudia beliau dihantar ke Berunai yang pada waktu itu Pemberontakan Berunai tercetus dan kemudian berdepan dengan Konfrontasi Indonesia.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal pada 6 Ogos 1971 dan ke pangkat Koperal pada 17 Jun 1977. Dinaikkan pangkat kepada Sarjan pada 1 Januari 1979 dan Staf Sarjan pada 1 November 1981. Beliau sekali lagi dinaikkan pangkat Pegawai Waran 2 pada 1 April 1983 dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1 pada 17 Februari 1986.

Kemuncak kepada jasa beliau kepada negara, Datuk Temenggong Kanang anak Langkau telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) oleh  Yang Dipertua Negeri Sarawak sempena ulang tahun ke 90 pada 24 September 2011.



Sempena dengan perayaan hari Malaysia pada 16 September, biarlah semangat juang, semangat patriotik dan semangat "Agi Idup Agi Ngelaban" Datuk Temenggong Kanang anak Langkau sentiasa menyubur di kalangan generasi muda Malaysia. Walaupun, apa bidang yang diceburi, apa halangan yang ditempohi dan apa cita-cita yang diimpikan, jangan mudah mengalah. Usahalah secara luar biasa. Usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa.

Selamat menyambut Hari Malaysia.