Sila klik

Saturday 15 September 2012

Seorang Wira Negara

Datuk Temenggong Kanang anak Langkau
Dilahirkan di pada tahun 1945, di Rumah Panjang Kerangan Manok, Nanga Meluan Pegawai Waran I (B) Datuk Temenggong Kanang anak Langkau tidak pernah terfikir menjadi anggota tentera dan seterusnya dianugerahkan dua pingat tertinggi negara. Ianya bermula sewaktu menghantar beberapa orang pemuda untuk menghadiri temuduga dan beliau terus ditawarkan masuk ke perkhidmatan tentera dalam "Sarawak Rangers". Kemudian sebagai sebahagian dari tentera British menjadi "Iban Tracker" pada 21 April 1962. Beliau diserap dalam perkhidmatan "Malaysian Rangers" bila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963. Datuk Temenggong Kanang meninggalkan perkhidmatan tentera selepas berkhidmat 21 tahun.

Dengan semangat juang pahlawan Iban "Agi Idup Agi Negelaban", beliau menyusuri detik-detik perkhidmatan beliau dalam angkatan tentera dengan gigih dan berani. Beliau diiktiraf sebagai pejuang negara bila dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani dan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Mengimbas kembali sejarah awal beliau dalam angkatan tentera, Datuk Temenggong Kanang mendapat latihan asas ketenteraan dari tentera Gurkha di Changi, Singapura. Pernah menghadiri latihan di "Jungle Warfare School", Ulu Tiram, Johor. Kemudia beliau dihantar ke Berunai yang pada waktu itu Pemberontakan Berunai tercetus dan kemudian berdepan dengan Konfrontasi Indonesia.

Beliau dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal pada 6 Ogos 1971 dan ke pangkat Koperal pada 17 Jun 1977. Dinaikkan pangkat kepada Sarjan pada 1 Januari 1979 dan Staf Sarjan pada 1 November 1981. Beliau sekali lagi dinaikkan pangkat Pegawai Waran 2 pada 1 April 1983 dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran 1 pada 17 Februari 1986.

Kemuncak kepada jasa beliau kepada negara, Datuk Temenggong Kanang anak Langkau telah dianugerahkan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) oleh  Yang Dipertua Negeri Sarawak sempena ulang tahun ke 90 pada 24 September 2011.



Sempena dengan perayaan hari Malaysia pada 16 September, biarlah semangat juang, semangat patriotik dan semangat "Agi Idup Agi Ngelaban" Datuk Temenggong Kanang anak Langkau sentiasa menyubur di kalangan generasi muda Malaysia. Walaupun, apa bidang yang diceburi, apa halangan yang ditempohi dan apa cita-cita yang diimpikan, jangan mudah mengalah. Usahalah secara luar biasa. Usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

2 comments:

  1. lepas baerita kematian, baru tahu siapa beliau...

    ReplyDelete
  2. Betul pha. Semua orang mula bercakap sekarang. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

    ReplyDelete