Sila klik

Wednesday 14 November 2012

10 Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah - Bah. 1

Salam Maal Hijrah.
Alhamdudillah. Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bernafas di saat-saat akhir kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 atau Awal Muharram. Dalam keghairahan kita menunggu kemanisan menyambut tahun baru 1434, eloklah kita mengimbas balik tentang sejarah pemberiaan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Sejarah pemulaan, penganugerahan Tokoh Maal Hijrah telah bermula pada seawal  1 Muharram 1408 bersamaan 28 Ogos 1987. Dengan tema sambutan Kemajuan dan Keagungan Ummah, sambutan yang diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur telah menobatkan Allahyarham Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al -Marbawi sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang pertama.

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi
Sejak dari tarikh tersebut, penganugerahan Tokoh Maal Hijrah hampir dilakukan setiap kali sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan diadakan. Dalam entri 2 siri  ini, saya mengajak pembaca mengenang kembali 10 penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah sejak tahun 1422. Perbicaraan kali ini dimulakan dengan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1422, iaitu Datuk Dr. Ismail bin Ibrahim, tokoh dalam bidang pengurusan Islam. Beliau adalah bekas Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama. Semasa menjawat jawatan tersebut, beliau juga di lantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Presiden Majlis Ulama Malaysia.

Datuk Dr. Ismail Ibrahim
Dato Haji Hassan bin Azahari, seorang Ulamak Tajwid yang terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970 an di saluran RTM telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1423. Beliau adalah orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara  pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Telah berkhidmat sebagai hakim Tilawah Al Quran selama 46 tahun, bukan sahaja di Malaysia malah di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunai dan Thailand.

Dato Haji Hassan bin Azahari
Sementara pada tahun 1424, Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd Nor yang merupakan Dato' Paduka Diraja iaitu Mufti Kerajaan Negeri Kedah pada ketika itu telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid adalah Penasihat Lembaga Tabung Haji dan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM) sepanjang tahun 1980 an.

Dato' Paduka Syeikh Majid bin Mohd Nor
Tokoh Maal Hijrah yang seterusnya adalah, Dr. Haji Uthman El Muhammady, seorang pendakwah. Beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1426. Dilahirkan pada 15 Februari 1943 di Kampong Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan. Telah dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 1995. 
Dr. Haji Uthman El Muhammady
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951,  Tokoh Maal Hijrah tahun 1429 adalah seorang tokoh usahawan.  Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary adalah seorang usahawan bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM7.91 billion. Menurut majalah Forbes, aset beliau pada tahun 2012 dianggarkan bernilai US 2.5 billion dan merupakan ke 8 terkaya di Malaysia.

Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary
Dato' Seri Haji Harrusani bin Haji Zakaria, adalah seorang ulamak dan Mufti Negeri Perak.  Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun 1430. Merupakan  seorang ilmuan yang menghasilkan banyak buku dan kertas kerja. Antara buku yang dihasilkan termasuklah :
  • Irsyad Hukum
  • Muammalah Hidup Islam
  • Syaitan Musuh Insan
  • Hukum-hukum Perkahwinan dan banyak lagi

Dato' Seri Haji Harrusani

Dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun yang sama adalah Professor Dr. Wahbah al-Zuhaili, seorang ulamak yang terkenal dan seorang cendekiawan Islam khusus dalam bidang perundangan dari Syria. Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik. Menerima ijazah kedoktoran (Ph.D) dengan kepujian dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau bertajuk, "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Sebuah Kajian Perbandingan Meliputi 8 Mahzab dan Undang-undang Sekular Antarabangsa".

Professor Dr Wahbah al-Zuhaili

- bersambung







No comments:

Post a Comment