Impresi artis, sebelum pembinaan Merdeka Plaza siap. |
Salam.
Merdeka Plaza Mall yang telah dilancarkan pembinaannya pada 8 Mei 2007 yang lalu, telah memulakan operasinya pada 29 November dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada permis perniagaan telah mula beroperasi. Merdeka Plaza yang merangkumi pusat membeli dan hotel 4 bintang, didirikan di atas kawasan seluas 3.8 ekar di tengah-tengah Bandaraya Kuching. Dengan kedudukannya yang berhampiran Masjid lama negeri, Muzium Sarawak, Chinatown dan deretan bangunan kedai pra Perang Dunia Pertama yang bersejarah, Merdeka Plaza akan merancakkan industri pelancongan negeri Sarawak.
Antara penyewa utama Merdeka Plaza termasuklah Parkson, Everise, Cotton On, Espirit, McDonald, Quicksilver dan banyak lagi. Pada hari pertama pembukaan Merdeka Plaza, orang ramai telah berpusu-pusu mengunjung permis perniagaan yang telah memulakan urusniaga mereka. Parkson pada hari pembukaan telah memberi baucar kepada 230 pelanggan awal merangkumi baucar bernilai RM500, RM100 dan RM50. Turut menjadi rebutan pelanggan ialah hadiah berupa minyak wangi, set penjagaan kulit, pemacu pen 2GB dan beg hadiah misteri.
Pelanggan mengambil kesempatan mengunjungi Parkson. |
Hiasan sempena hari pembukaan Merdeka Plaza |
Selain daripada menawarkan keseronokkan membeli-belah dan hotel yang dijangka beroperasi pada 2014, Merdeka Plaza turut menawarkan tempat menjamu selera yang eksekutif, antaranya Starbucks, Imperial Duck Restaurant, McDonald, cawangan kedua Boardriders Cafe selepas KLCC, tambahan pada 'food court' yang terletak pada Aras 3. Pihak pengurusan Merdeka Plaza juga telah menyedia kawasan letak kereta yang mencukupi sebagai nilai tambah perkhidmatan mereka.
Selamat mengunjungi Plaza Merdeka.
assalam blog kopi dah ada di dalam bloglist saya (^_^)
ReplyDeletecheck kat sini >> http://blognomborsatu.blogspot.com/ <<
terima kasih kerana sudi exchange ya ..
Fariz Reza Dot Com
Owh, tok nok yang paling baru ka? Besar x?
ReplyDeleteBetul yang paling baru...taklah berapa besar.
Delete