Sila klik

Wednesday 21 November 2012

Ke arah Mana Mereka?

Salam.
Keputusan Ujian Pencapaian Berasaskan Sekolah (UPSR) 2012 telahpun diumumkan pada 19 November yang lalu. Seramai 45,054 calon UPSR telah memperolehi keputusan cemerlang 5A iaitu 8.54% dari seramai 517,319 orang calon. Belum lagi dikira yang mendapat 4A1B atau 3A2B yang ditakrifkan oleh Kementerian Pelajaran layak memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pada tahun ini, permohonan ke Tingkatan 1, SBP yang diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  ialah 99,765 untuk kemasukan ke 57 buah SBP seluruh negara. Hanya sebanyak 7,657 tempat sahaja yang ditawarkan. Selebihnya, kira-kira seramai 40,000 akan menggigit jari, kempunan nak menjejaki ke SBP. Pilihan yang ada, Kelas Rancangan Khas yang diwujud oleh Kementerian Pelajaran di sekolah harian biasa sebagai altenatif bagi yang tidak berjaya ke SBP. 

Selain daripada itu, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dikendali oleh Majlis Amanah Rakyat, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, juga menjadi pilihan tapi kosnya agak tinggi(???). Sekarang terdapat 42 buah MRSM di seluruh negara, 38 buah di semananjung dan 2 buah masing-masing di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, mutu pendidikan taraf 5 bintang masih dapat disediakan di sekolah harian biasa, cuma di setengah-setengah sekolah keadaan psarana masih taraf 3 bintang. Jadi, kepada calon UPSR 2012 yang memperolehi keputusan cemerlang, kegagalan untuk ke SBP bukanlah noktah kepada usaha untuk mendapat pendidikan yang bertaraf 5 bintang.

No comments:

Post a Comment