Kelebihan Berpuasa di Hari Asyura - 10 Muharram
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada mereka: "Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut berpuasa." Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kami lebih layak mengikuti Musa daripada kamu." Lalu Rasulullah S.A.W. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T. akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
No comments:
Post a Comment