Sila klik

Monday, 5 November 2012

First Wave - Serangan Buah Dabei di Sri Aman.

Salam.
Walaupun Sri Aman bukan pengeluar buah dabei utama Sarawak, kedatangannya amat ditunggu oleh peminat-peminat buah dabai. Penulis rasa ada dua kemungkinan. Pertama, buah dabei Sri Aman ada rasanya yang tersendiri, lebih lemak  dan texture isinya yang halus berkrim. Kedua, harganya agak berpatutan, tidaklah seperti buah dabei dilain-lain tempat yang boleh mencecah sampai RM40.00 sekilogram.


Buah dabei dari Sri Aman, dari spesis kecil
Minggu lepas, penulis berkesempatan jalan-jalan di Pasar Tamu', Sri Aman. Telah terdapat beberapa orang wanita Iban menjual buah dabei dengan harga RM4.00 - RM5.00 satu kong (bekas tin 425gm) atau RM15.00 - RM20.00 sekilogram.  Masa saya tiba di Pasar Tamu', wanita-wanita tersebut baru saja memunggah turun barang jualan mereka dari van yang membawa mereka. Telah menunggu mereka, bebeberapa orang pencita buah dabei. Tak sampai 15 minit, semuanya telah terjual. Malah terdapat seorang pembeli, yang membeli setambok atau seragak (sejenis keranjang berbentuk selinder) buah dabei untuk dihantar kepada sahabat handai di Kuching.

Tambok atau ragak

Buah dabei yang bertangkai, menandakan kesegaran buah tersebut.

Menurut sumber dari salah seorang wanita Iban tersebut, buah dabei yang mereka bawa berasal dari kawasan Engkilili. Menurut beliau lagi, buah yang mereka jual adalah dari bunga awal dan tidak begitu banyak. Pada penghujung tahun nanti, barulah musim buah dabei. Pada waktu itulah, harga yang dijual akan turun sehingga RM1.00 sekong atau RM5.00 sekilogram.



Spesis yang lebih besar.

Untuk pengetahuan pembaca yang berasal dari luar Sarawak, buah dabei dimakan dengan cara merendam nya di dalam air suam atau air panas sehingga menjadi lembut. Dimakan dengan begitu saja setelah air panas tadi dibuang atau digaul dengan garam dan kicap untuk menambah kelemakan buah dabei tersebut.

Berkunjunglah ke Sri Aman untuk merasa keunikan buah dabei, sejenis buah eksotik Sarawak.

No comments:

Post a Comment