Sila klik

Tuesday, 4 June 2013

Seronoknya Bercuti Di Sematan

Sematan - kami datang ke pesadamu
Salam.
Lanjutan daripada keseronokan percutian keluarga di Teluk Bandung, Santubong pada pertengahan Disember yang lepas (baca di sini), tergerak pula hendak membawa keluarga bercuti di pantai Sematan - sebuah perkampungan nelayan dalam daerah Lundu, 120km dari Bandaraya Kuching. Sempena dengan cuti sekolah dan cuti umum Gawai Dayak di Sarawak, resort atau hotel agak sukar ditempah. Mujurlah melalui seorang kenalan yang rapat, hajat untuk bercuti di pantai Sematan kesampaian juga.

Ambil kesempatan bergambar sebelum 'check in'.
Tempahan sebuah bilik 'Terrace Family' dan sebuah bilik 'Terrace Twin' di Sematan Palm Beach Resort agak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan termasuk makan malam dan sarapan pagi untuk 8 orang. Di samping bilik yang agak 'spacious', kemudahan-kemudahan asas yang lain berada pada tahap 4 bintang. Yang paling best 'towel' boleh ditukar sekerap yang mungkin kerana ketagihan anak-anak mandi laut.

Tak sabar-sabar nak berenang
Agak-agaknya siapa yang lebih seronok, budak-budak ke emak budak?
Yooh. Mak Anjang.
Si comel bergelumang dengan pasir.
Pantai Sematan tidak hanya menjanjikan keseronokan mandi-mandi tetapi juga aktiviti-aktiviti lasak yang lain seperti berkayak, 'snorkeling', menyelam, 'hiking' dan juga lawatan melihat aktiviti industri hiliran nelayan. Banyak kemudahan disediakan Sematan Palm Beach Resort untuk kegunaan pengunjung. Maka ambil kesempatanlah, yang kali terakhir berbasikal 20 tahun yang lalu.

Ewahhh.. Mengembalikan zaman kecik-kecik dulu.
Tiga dara meredah seluruh pelusuk Sematan dengan berbasikal.
Menyewa bot laju merentas Pulau Talang-talang
Sebelum meninggalkan Sematan, sempat jugak menjenguk jeti. Nampak kejauhan 2 buah pulau: Talang-talang Kecil dan Talang-talang Besar. Kebiruan air laut Sematan memang mengamit kerinduan ditambahi pula dengan hasil laut yang banyak. Di sinilah, telur penyu dapat dinikmati melalui pasaran gelap. Harganya? Agak murah, RM1.00 hingga RM1.50 sebiji berbanding dengan tempat lain yang mencecah RM1.50.

Jeti Sematan, tempat pendaratan hasil tangakap nelayan.
Senja di persisiran pantai Sematan.
Gambar kenangan di jeti Sematan.

9 comments:

  1. Best na tpt ya cikgu..boleh buat hari SK Abang Aing kat sia. .

    ReplyDelete
  2. Sik ada masalah Bang. Setuju. Bincang jak dengan staf lain.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Paling best nangar Usop main pasir.

      Delete
  4. Bercuti mmg seronok....lupakan seketika masalah office kan SW

    ReplyDelete
  5. Seronok bawa keluarga terutama gelagat mereka

    ReplyDelete
  6. Cantik..and memang best kalau pergi this kind of place..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kecantikan semulajadi negara tercinta, sentiasa dikagumi oleh pelancong dari luar.

      Delete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete