Sila klik

Friday 30 November 2012

Merdeka Plaza - Satu Lagi Mercu Tanda Bandaraya Kuching

Impresi artis, sebelum pembinaan Merdeka Plaza siap.
Salam.
Merdeka Plaza Mall yang telah dilancarkan pembinaannya pada 8 Mei 2007 yang lalu, telah memulakan operasinya pada 29 November dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada permis perniagaan telah mula beroperasi.  Merdeka Plaza yang merangkumi pusat membeli dan hotel 4 bintang, didirikan di atas kawasan seluas 3.8 ekar di tengah-tengah Bandaraya Kuching. Dengan kedudukannya yang berhampiran Masjid lama negeri, Muzium Sarawak, Chinatown dan deretan bangunan kedai pra Perang Dunia Pertama yang bersejarah, Merdeka Plaza akan merancakkan industri pelancongan negeri Sarawak.


Antara penyewa utama Merdeka Plaza termasuklah Parkson, Everise, Cotton On, Espirit, McDonald, Quicksilver dan banyak lagi. Pada hari pertama pembukaan Merdeka Plaza, orang ramai telah berpusu-pusu mengunjung permis perniagaan yang telah memulakan urusniaga mereka. Parkson pada hari pembukaan telah memberi baucar kepada 230 pelanggan awal merangkumi baucar bernilai RM500, RM100 dan RM50. Turut menjadi rebutan pelanggan ialah hadiah berupa minyak wangi, set penjagaan kulit, pemacu pen 2GB dan beg hadiah misteri.

Pelanggan mengambil kesempatan mengunjungi Parkson.
Hiasan sempena hari pembukaan Merdeka Plaza
Selain daripada menawarkan keseronokkan membeli-belah dan hotel yang dijangka beroperasi pada 2014, Merdeka Plaza turut menawarkan tempat menjamu selera yang eksekutif, antaranya Starbucks, Imperial Duck Restaurant, McDonald, cawangan kedua Boardriders Cafe selepas KLCC,  tambahan pada 'food court' yang terletak pada Aras 3. Pihak pengurusan Merdeka Plaza juga telah menyedia kawasan letak kereta yang mencukupi sebagai nilai tambah perkhidmatan mereka.

Selamat mengunjungi Plaza Merdeka.

Wednesday 28 November 2012

Buah Hati Pengarang Jantung - Wordless Wednesday

Wordless Wednesday - Setiap hari Rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. Meminjam intro di blog HH.
























Pautan kepada catatan ini:
Buah hati Pengarang Jantung

Sunday 25 November 2012

Sepetang Di Kolam Renang Bersama Pandelela Rinong.

Salam.
Alahai, cuaca panas pada sebelah petang hujung minggu agak merimaskan. Nak jalan-jalan, ke mana harus dituju. Nak santai di Water Front dalam keadaan yang agak panas, pasti tidak menyeronokkan. Pilihan yang ada hanya 2, jogging di Stadium Sukan atau beriadah di Kolam Renang.

Bahang kepanasan di Stadium Sukan
Suasana Tebingan Sungai yang agak suram

Yusuf Batuta, Arissa Sofea dan Azahra Sasabella dan mula gelisah. Nak tidur petang pun tak boleh. Lastly, pack semua keperluan termasuk towel, pelampung, kamera dan baju persalinan untuk ke Kolam Renang. Makanan? Tak payah, bukan jauh sangat.

Agak takut pada awalnya.
Bila sampai di kolam renang, apalagi Dek Usop, Kak Yaya dan Kak Aa seronok tengok air. Mula-mula agak takut, maklumlah pengalaman pertama bagi mereka kecuali Kak Yaya, dah acap kali menelan air klorin. Hehe. 

Kak Yaya, konfiden nak jadi Pandelela Rinong
Kak Aa masih takut-takut.
Dek Usop coba nak memahirkan diri.
Hampir sejam, barulah keseronokkan timbul.Mereka seolah-olah tak mahu berhenti, walaupun badan dah mengigil kesejukan. Bibir pun dah bergetar kebiruan. Lebih-lebih lagi Dek Usop, walaupun muka agak selamba tapi kelincahan pergerakan  dalam air menjanjikan seorang bintang sukan air akan muncul dari bumi Kenyalang.
Seronoknya.

Kak Yaya seolah-olah tak mahu diganggu.

Hampir pukul 6 petang barulah balik dari kolam renang. sesampai saja, di rumah demua nampak kelaparan dan kehausan. Maklumkan, seluruh anggota badan digunakan dalam pergerakan di air. Cepat-cepat mereka diberi makan sebelum merengek kelaparan. Selepas mandi, tak semena-mena mereka terus tertidur keletihan. Bahagianya mereka.

Saturday 24 November 2012

SEGMEN: ADD FOLLOWERS DI BLOG



Salam.
Dalam kesibukan yang tak berapa sibuk sempat jugak menjengah blog-blog yang dikira sudah establish seperti DenaihatiGreat Teacher OnizukaHASRULHASSAN.COM, Ben AshaariZamani84 dan banyak lagi. Tetiba singgah di blog FATIN NATASHA. Teringin juga nak tambahkan followers di blog, maka entri kali ini tentang banner di atas.

Thursday 22 November 2012

Kelebihan Berpuasa di Hari Asyura - 10 Muharram

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada mereka: "Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut berpuasa." Rasulullah S.A.W. bersabda: "Kami lebih layak mengikuti Musa daripada kamu." Lalu Rasulullah S.A.W. berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang Islam yang lain juga berpuasa.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T. akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barangsiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Wednesday 21 November 2012

Ke arah Mana Mereka?

Salam.
Keputusan Ujian Pencapaian Berasaskan Sekolah (UPSR) 2012 telahpun diumumkan pada 19 November yang lalu. Seramai 45,054 calon UPSR telah memperolehi keputusan cemerlang 5A iaitu 8.54% dari seramai 517,319 orang calon. Belum lagi dikira yang mendapat 4A1B atau 3A2B yang ditakrifkan oleh Kementerian Pelajaran layak memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pada tahun ini, permohonan ke Tingkatan 1, SBP yang diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  ialah 99,765 untuk kemasukan ke 57 buah SBP seluruh negara. Hanya sebanyak 7,657 tempat sahaja yang ditawarkan. Selebihnya, kira-kira seramai 40,000 akan menggigit jari, kempunan nak menjejaki ke SBP. Pilihan yang ada, Kelas Rancangan Khas yang diwujud oleh Kementerian Pelajaran di sekolah harian biasa sebagai altenatif bagi yang tidak berjaya ke SBP. 

Selain daripada itu, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dikendali oleh Majlis Amanah Rakyat, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, juga menjadi pilihan tapi kosnya agak tinggi(???). Sekarang terdapat 42 buah MRSM di seluruh negara, 38 buah di semananjung dan 2 buah masing-masing di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, mutu pendidikan taraf 5 bintang masih dapat disediakan di sekolah harian biasa, cuma di setengah-setengah sekolah keadaan psarana masih taraf 3 bintang. Jadi, kepada calon UPSR 2012 yang memperolehi keputusan cemerlang, kegagalan untuk ke SBP bukanlah noktah kepada usaha untuk mendapat pendidikan yang bertaraf 5 bintang.

Thursday 15 November 2012

10 Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah - Bah. 2

Salam Maal Hijrah.
Dalam entri kali ini diketengah lagi 5 orang personaliiti yang telah dianugerah Tokoh Maal Hijrah sejak dari 3 tahun yang lalu, sebagai kesinambungan dari entri  yang awal. Pada tahun 1431, seramai 2 orang individu telah dianugerah  Tokoh Maal Hijrah. Mereka adalah Professor Dr. Muhammad Yusuf Qardawi dan Tan Sri Dr. Muhammad Yusof bin Mohd Nor.

Professor Dr. Muhammad Yusuf Qardawi, seorang cendeakawan Muslim yang berasal dari Mesir. Pada 18 November 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kategori antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). sebagai seorang ulamak yang tersohor, beliau telah menulis lebih daripada 80 buah buku di dalam pelbagai pemikiran.

Dr Muhammad Ysuf Qardawi
Sementara Tokoh Maal Hijrah yang kedua, Tan Sri Dr. Muhammad Yusof Nor adalah mantan Menteri Kabinet Malaysia. Berasal dari Besut, Trengganu telah dilahirkan pada 1941. Sebagai seorang ahli politik yang disegani oleh semua pihak, Tan Sri Dr. Muhammad Yusof Nor telah dianugerahkan berbagai pingat oleh kerajaan negeri di Malaysia dan juga pingat Bintang al-Ulum wal Furun oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Sekarang, beliau merupakan Pengerusi di AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah)

Add capTan Sri Dr Muhammad Yusof Nor
Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah yang seterusnya, Tan Sri Ungku Zeti Aziz Gabenor Bank Negara Malaysia. Anak kepada Professor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azaz Aziz ini lahir pada 27 Ogos 1947. Ibu beliau, adalah seorang budayawan yang disegani terutama dalam usaha mempromosikan kebudayaan Malaysia. Tan Sri Ungku Zeti Aziz adalah penerima wanita Tokoh Maal Hijrah yang pertama. Kerana kepakaran beliau dalam bidang perbankan dan pengurusan yang cemerlang, beliau telah dipilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Tan Sri Ungku Zeti Aziz
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKA), Professor Emeritus Dr Abdul Shukor Husin telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433/2011. Sementara untuk kategori antarabangsa, Dr Fuoad Abdul Salam telah dinobatkan. Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Diperrtuan Agong, tengku Mizan Zainal Abidin.

Professor Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, adalah Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia.  Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Fiqh Sedunia (OIC) dan Ahli Lembaga International Shariah Research for Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia. 

Professor Emeritus Dr Abdul Shukor
Sementara bagi Tokoh Maal Hijrah bagi kategori antarabangsa, Dr Fuoad Abdul Salam adalah Menteri Haji Arab Saudi. beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah kerana perkhidmatan dan sumbangan besar beliau kepada dunia Islam. Beliau juga dilihat sebagai reformasi dan transformasi untuk kemudahan jemaah haji di Mekah dan Madinah.


Dr Fuoad Abdul Salam

Siapakah individu yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun 1434/2012? Sama-samalah kita tunggu perkembangan dari Perayaan Maal Hijrah 1434.


Pautan kepada catatan ini:
Tokoh Maal Hijrah 1434

Wednesday 14 November 2012

10 Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah - Bah. 1

Salam Maal Hijrah.
Alhamdudillah. Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bernafas di saat-saat akhir kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 atau Awal Muharram. Dalam keghairahan kita menunggu kemanisan menyambut tahun baru 1434, eloklah kita mengimbas balik tentang sejarah pemberiaan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Sejarah pemulaan, penganugerahan Tokoh Maal Hijrah telah bermula pada seawal  1 Muharram 1408 bersamaan 28 Ogos 1987. Dengan tema sambutan Kemajuan dan Keagungan Ummah, sambutan yang diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur telah menobatkan Allahyarham Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al -Marbawi sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang pertama.

Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi
Sejak dari tarikh tersebut, penganugerahan Tokoh Maal Hijrah hampir dilakukan setiap kali sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan diadakan. Dalam entri 2 siri  ini, saya mengajak pembaca mengenang kembali 10 penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah sejak tahun 1422. Perbicaraan kali ini dimulakan dengan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1422, iaitu Datuk Dr. Ismail bin Ibrahim, tokoh dalam bidang pengurusan Islam. Beliau adalah bekas Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama. Semasa menjawat jawatan tersebut, beliau juga di lantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Presiden Majlis Ulama Malaysia.

Datuk Dr. Ismail Ibrahim
Dato Haji Hassan bin Azahari, seorang Ulamak Tajwid yang terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970 an di saluran RTM telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1423. Beliau adalah orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara  pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka. Telah berkhidmat sebagai hakim Tilawah Al Quran selama 46 tahun, bukan sahaja di Malaysia malah di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunai dan Thailand.

Dato Haji Hassan bin Azahari
Sementara pada tahun 1424, Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid bin Mohd Nor yang merupakan Dato' Paduka Diraja iaitu Mufti Kerajaan Negeri Kedah pada ketika itu telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Abdul Majid adalah Penasihat Lembaga Tabung Haji dan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM) sepanjang tahun 1980 an.

Dato' Paduka Syeikh Majid bin Mohd Nor
Tokoh Maal Hijrah yang seterusnya adalah, Dr. Haji Uthman El Muhammady, seorang pendakwah. Beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1426. Dilahirkan pada 15 Februari 1943 di Kampong Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan. Telah dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 1995. 
Dr. Haji Uthman El Muhammady
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951,  Tokoh Maal Hijrah tahun 1429 adalah seorang tokoh usahawan.  Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary adalah seorang usahawan bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM7.91 billion. Menurut majalah Forbes, aset beliau pada tahun 2012 dianggarkan bernilai US 2.5 billion dan merupakan ke 8 terkaya di Malaysia.

Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary
Dato' Seri Haji Harrusani bin Haji Zakaria, adalah seorang ulamak dan Mufti Negeri Perak.  Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun 1430. Merupakan  seorang ilmuan yang menghasilkan banyak buku dan kertas kerja. Antara buku yang dihasilkan termasuklah :
  • Irsyad Hukum
  • Muammalah Hidup Islam
  • Syaitan Musuh Insan
  • Hukum-hukum Perkahwinan dan banyak lagi

Dato' Seri Haji Harrusani

Dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun yang sama adalah Professor Dr. Wahbah al-Zuhaili, seorang ulamak yang terkenal dan seorang cendekiawan Islam khusus dalam bidang perundangan dari Syria. Beliau merupakan pengerusi Islam di Fakulti Syariah, Universiti Damsyik. Menerima ijazah kedoktoran (Ph.D) dengan kepujian dalam Syariah Islam menerusi tesis beliau bertajuk, "Pengaruh Peperangan Dalam Perundangan Islam: Sebuah Kajian Perbandingan Meliputi 8 Mahzab dan Undang-undang Sekular Antarabangsa".

Professor Dr Wahbah al-Zuhaili

- bersambung