Kali ini saya ingin mengajak pembaca semua menjenguk ke sebuah resort percutian berhampiran bandaraya Kuching, di Sarawak. Sinar Serapi Eco Theme Park Resort terletak 14 km dari bandaraya Kuching. Berlatarbelakangkan persekitaran gunung Serapi yang indah dan semulajadi, menjadikan resort ini agak unik.
Berkonsepkan wawasan 'persekitaran utopia' dan resort percutian bersepadu, menjadikan resort ini tidak putus-putus dikunjungi pelancong luar dan dalam negeri. Dengan tasik buatan manusia, seluas 20 ekar, Sinar Serapi Eco Theme Park membawa konsep 'semua dalam satu'.
Keunikan konsep taman tema dan rumah persinggahan Sinar Serapi Eco Theme Park telah memenangi Anugerah Khas untuk Konsep Rekabentuk Terbaik dari Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak. Resort yang telah memulakan operasi sejak 2010, menyediakan menyediakan tempat kediaman dengan 4 bilik tidur beserta 3 bilik mandi. Pakej ini termasuk sarapan untuk 7 orang dan akses percuma untuk aktiviti air.
Kemudahan yang disediakan tidak hanya sesuai untuk 'team building' sektor koporat tetapi menepati citarasa keluarga yang inginkan percutian 'semua dalam satu' di bawah satu bumbung. Antara kemudahan lain yang disediakan, termasuklah 'steamboat atau BBQ bufet, 'live band dan karaoke, permainan berbagai jenis termasuk aktiviti trekking dan aktiviti mountain bike.
Apa lagi? Berkunjunglah ke Sinar Serapi Eco Theme Park Resort.
No comments:
Post a Comment