Sila klik

Friday 13 December 2013

A CUP OF COFFEE A DAY WILL KEEP THE DOCTOR AWAY

Anti Oksidan, Migran, Sperma, Universiti Vanberblit,
Secawan kopi boleh mententeramkan jiwa.
Salam.
Agak pelik tajuk entri kali ini. Apa tidaknya, kopi selalu dikaitkan dengan migrain dan lain-lain tanggapan negatif dari sudut kesihatan. Kafein yang terkandung di dalam kopi sering dianggap sebagai 'racun'. Kali ini saya mengajak pembaca membuang tanggapan negatif mengenai kopi. Baca selanjutnya ........
Lupakanlah bahawa kopi boleh menyebabkan kita tidak dapat tidur pada waktu malam. Menurut Professor Peter Martin, pengarah Institut Kajian Kopi di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, kopi berpotensi memberi kebaikan kesihatan kepada manusia. Menurut beliau lagi, kafein dalam kopi merangsang sistem saraf dan telah lama digunakan sebagai ubat melegakan kesakitan, mengawal selera makan, penghindar rasa mengantuk dan sebagai rawatan untuk demam dan semput. Hasil kajian yang dilakukan di institut tersebut menunjukkan kopi kaya dengan antioksidan - bahan yang dapat melawan berbagai penyakit. Manakala Dr Euan Paul, pengarah saintifik Pusat Maklumat Sains Kopi merumuskan bahawa kopi boleh mengurangkan risiko kematian akibat sakit jantung. Kajian yang telah dilakukan di Universiti Sao Paulo, Brazil membuktikan bahawa lelaki mengambil lebih 6 cawan kopi sehari memiliki sperma yang subur dan aktif berbanding dengan lelaki yang kurang mengambil kopi. Juga, hasil kajian seorang professor di Havard School of Public Health mendapati, meminum kopi mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki - sila baca di sini. Ayuh lelaki di luar sana, kita ramai-ramai minum kopi.

Mesir, Yaman, Ethopia, Turki, Mesir,
Biji-biji kopi mengandungi pelbagai khasiat pemakanan.

Sejarah kopi dapat dikesan seawal abad ke 9, dari dataran tinggi Ethopia dan terus tersebar ke Mesir dan Yaman dan kemudian pada abad ke 15 menjangkau hingga ke Turki dan Afrika utara. Pada mulanya kopi kurang diterima masyarakat pada waktu itu kerana kesan sampingan sehinggakan penggunaannya dilarang dalam majlis keagamaan. Sehingga pada tahun 1524 dan 1532 masing-masing di Turki dan Mesir kedai dan gudang kopi diarah tutup. Pada abad ke 17, kopi mula tersebar ke benua Eropah. Orang Belanda adalah yang pertama kali mengimport dalam sekala yang agak besar. Pada masa itu biji kopi mentah tidak dibenar keluar dari tanah Arab tetapi pihak Belanda pada tahun 1690 telah menyeludup bijinya dan kemudiannya memulakan penanaman kopi di Jawa. Patutlah, Indonesia lebih popular dari negara kita dalam bab kopi.

Robusta, Arabica, Moca, Kopi Luwak
Pemprosesen biji kopi secara tradisional.

Terdapat dua spesis kopi. Arabica merupakan kopi tradisional dan dianggap paling enak rasanya. Manakala Robusta mengandungi kafein yang lebih tinggi dan berharga lebih murah. Disebabkan rasa Robusta yang agak masam dan pahit, ia dinikmati bersama krim atau susu. Sudah tentu kopi Arabica dan kopi Robusta mempunyai sub-variati yang berlainan. Misalnya, untuk kopi Arabica terdiri daripada kopi Moca dan kopi Jawa. Terdapat juga variasi kopi Robusta yang agak mahal dari Indonesia iaitu Kopi Luwak. Untuk pengetahuan semua, kopi luwak ialah kopi yang diambil dari najis binatang luwak (sejenis musang) dan merupakan kopi paling enak dan mahal di dunia. Jaga-jaga, kehalalannya masing diragui.

Jenis-jenis kopi dikategori mengikut tempat dan kaedah penanaman, bukan kaedah asas saintifik. Jenis-jenis kopi yang tersohor dunia sentiasa menjadi buruan pengemar kopi, antaranya adalah:
  1. Kopi Yirgacheffe Ethopia
  2. Kopi Peaberry Tanzania
  3. Kopi Lintong Sumatra
  4. Kopi Kona Hawai
  5. Kopi Blue Mountain Jamaica
Untuk posting yang seterusnya akan dibicarakan tentang manfaat-manfaat kopi untuk kecantikan dan isu-isu lain berkaitan dengan kopi.
-"A cup of coffee a day will keep the doctor away."

2 comments:

  1. Nescafe? Macamana pulak sahabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nescafe? Tidak seindah seperti yang digambarkan. Aroma kopinya tidak setanding kopi asli. Biasalah, kalau yang segera (instant), banyak bahan-bahan lain yang diadun bersama. Bandingkanlah kalau sahabat menikmati semangkuk mee maggi (segera) dan saya menikmati mee goreng mamak. Begitulah nescafe dan kopi. Hihihi

      Delete