Sila klik

Thursday 12 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 4

Salam.
Kita teruskan perbincangan tentang khasiat teh yang telah diketengahkan dalam 3 posting yang terdahulu. Nyata sekali, teh telah diiktiraf secara klinikal menyumbang kebaikan yang tidak terbatas dalam dunia kesihatan dan perubatan. Walaupun dalam siri perbincangan ini dinyatakan 10 jenis teh dan kebaikannya, namun di luar sana ada lebih dari yang dibincangkan.

8. Teh Pu-erh
Minuman Eksotik, Daerah Yunan, Saluran Pencernaan, Supplemen, Vitamin

Pada suatu ketika dulu, teh ini sangat eksotik di negeri Cina, namun sekarang telah dikenali seluruh dunia. Pu-erh adalah teh hijau yang dibiarkan matang secara perlahan-lahan menggunakan kulat. Ianya disimpan selama 1,2 atau sehingga 30 tahun. Teh pu-erh yang asli dihasilkan di daerah Yunan. Teh ini selalunya dalam pelbagai bentuk seperti blok segiempat atau bulat. Merupakan teh yang paling mahal di dunia. Antara khasiat yang didapati meminum teh pu-erh secara konsisten adalah:
  • membantu saluran pencernaan
  • pilihan alternatif untuk supplemen dan vitamin
  • membantu sistem penghadaman dan peredaran darah


9. Teh Genmaicha
Beraroma Harum

Sangat popular di Jepun. Teh yang beraroma harum ini diminum tanpa gula. Teh ini dibuat menggunakan teh hijau dan butiran beras yang dipanggang. Sangat sesuai diminum pada siang hari.

Khasiat yang didatangi oleh teh genmaicha termasuklah, mencegah terjadi risiko komplikasi diabetes. Ia juga mencegah tekanan darah  tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan gangguan penglihatan.

10. Teh Merah Bunga Rosell

Meningkat Stamina, Neutral Racun, Batuk, Migran, Langsing

Bunga rosell yang telah dikeringkan dijadikan teh. Mengandungi kadar yang tinggi untuk vitamin C, D, B1 dan B2. Teh rosell juga menganduni kalsium, magnesium, Omega 3, vitamin A, zat besi, potassium dan beta karotena yang tidak kurang tingginya.

Antara khasiat teh merah bunga rosella termasuklah:
  • meningkatkan stamina dan daya tahan badan
  • meneutral racun di dalam badan
  • menurunkan tekanan darah
  • mengatasi batuk
  • membantu mengurangkan migran
  • menghalus dan melicinkan kulit
  • melangsingkan badan


Mungkin dalam posting yang akan datang akan dihuraikan jenis-jenis teh yang luar biasa yang perlu kita tahu. Jenis-jenis teh tersebut agak payah dan jarang ditemui dalam negara kita. Ia hanya didapati di setengah-setengah negara pengeluar teh.

2 comments: