Jangan terkejut. Itulah realitinya, bila kumpulan pop tersohor dari Korea Selatan membuat persembahan dalam Wonder Girls Wonder World Tour Live di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 13 Oktober yang lalu. Konsert K-pop tersebut telah dibawa oleh AirAsia RedTix telah menampil 5 jelitawan Sun, Yenny, Yubin, Sohee dan Lim.
|
Wonder Girls semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur. |
Kumpulan yang diurus oleh Park Jin-Young telah mengejutkan peminat K-pop di Malaysia apabila memakai baju kurung semasa membuat persembahan. Apa macam artis Malaysia? Artis luar sanggup memakai pakaian kebangsaan kita. Terbukti baju kurung sesuai digunakan apabila membuat persembahan lagu pop. Mungkin, setengah orang berkata itu hanya gimmik tapi tidakkah itu sebagai tamparan hebat kepada artis kita. Sendiri tanya sendiri jawab.
Nah lihatlah sendiri.
|
Anggun, tak luak pun kejelitaan mereka. |
|
Memukau peminat-peminat K-pop Malaysia. |
|
Bertambah jelita bila memakai baju kurung. |
|
Mengalahkan gadis Melayu |
|
Baju kurung tidak hanya sesuai tuk dondang sayang |
No comments:
Post a Comment