Mercu tanda pekan Lachau |
Perjalanan pulang dari Kuching ke Sri Aman selepas upacara pengkebumian saudara terdekat agak meletihkan. Badan terasa kurang sedap, lenguh-lenguh, tanda-tanda terkena demam semakin ketara. Apa tidaknya, semasa di tanah perkuburan cuaca yang pada mulanya agar terik tanpa tiupan angin tiba-tiba hujan. Toyota Vios yang dipandu hanya bergerak dalam jajaran 70 hingga 80 kilometer sejam. Jalan raya digenang air dengan pemandangan yang agak kabur. Sesekali-sekali, konsentrasi pemanduan diganggu oleh kenderaan besar dan berat yang memasang lampu besar (high light). Jam di dashboard telah menunjukkan pukul 6.35 petang.
Hasil seni yang jadi tarikan pekan Lachau |
Hati kecil berkata, sementara waktu maghrib masih berbaki elok singgah di pekan Lachau. Tekak pun tiba-tiba terasa kering dan dahaga, mungkin bahana aircon yang menyedut cecair dalam badan. Hari semakin gelap dan deretan bas dan lori semakin banyak dari arah bertentangan. Tepat jam 6.43 sampai di pekarangan pekan Lachau.
Selepas mengerjakan solat maghrib, niat nak beli minuman tin pun diteruskan. Walaupun cuaca agak sejuk tapi badan terasa agak panas akibat deman. Sebaik saja melangkah ke dalam sebuah kedai, kelihatan beberapa orang pemuda menikmati coca cola tin. Rasa terliur lalu mengambil setin coca cola dan menghulurkan wang kertas RM5.00. Agak terkejut bila pekedai memulangkan wang baki RM1.20. Wah... mentang-mentang bajet 2013 telah dibentang. Harga setin coca cola dah melambung. Malas nak tanya, terus beredar.
Dalam pemanduan mendaki Bukit Begunan, terfikir: agak-agaknya berapalah harga setin minuman karbonat yang dijual di hotel-hotel yang ada bintang atau di tempat minum yang eksekutif. Mungkin harganya mencecah RM10.00. Di kedai kopi pekan Lachau telah begitu harganya. Apa-apalah yang difikir oleh pelancong-pelancong mat salleh dalam perjalanan ke Batang Ai yang singgah di pekau Lachau bila memesan setin coca cola. Lebih mahal dari harga yang dibayar ketika minum di KLIA atau KIA.
No comments:
Post a Comment