Sila klik

Friday 12 October 2012

Syabas Encik James

Penantian dan kegelisahan selama 6 tahun  ibubapa dan murid-murid SK Abang Aing, Sri Aman berakhir apabila permohonan Timbalan Yang Dipertua PIBG, Encik James Itam akhirnya mendapat respon dari Yang Berhormat Puan Hajah Simoi binti Haji Peri, ADUN N. 23, Lingga. Semasa menyampaikan ucapan mewakili Yang Dipertua, PIBG SK Abang Aing, Encik Zaidi bin Sarkawi semasa Majlis Penangguhan Rasmi Sukan Tahunan Sekolah pagi tadi, beliau telah meluahkan penantian dan kegelisahan warga sekolah menunggu pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung. Menurut Encik James, pembinaan tersebut akan memudahkan murid-murid pergi ke sekolah semasa hari hujan. Ia juga dapat mengelakkan kemalangan dalam kawasan sekolah bila ibubapa berpusu-pusu membawa masuk kenderaan masing-masing kerana menghantar anak. Perkara ini telah diperjuangkan oleh Persatuan Ibubapa Guru yang dipimpin oleh Encik Zaidi bin Sarkawi dan telah dimohon kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Timbalan YDP Persatuan Ibubapa Guru, Encik James ak Itam
Dalam ucapan balasnya, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi bt Peri, ADUN N.23, Lingga telah mengumumkan pemberian geran peruntukan untuk pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung yang bernilai RM30,000.00. Projek itu menurut beliau akan dilaksanakan pada tahun 2013. Selain itu juga, beliau turut menyediakan bantuan sebanyak RM3,500, sebagai dana Persatuan Ibubapa Guru membantu sekolah melaksanakan aktiviti pada tahun ini.

YB Hajah Simoi ketika mengumumkan bantuan peruntukan kerajaan
Yang Berhormat tekun mendengar taklimat dari Tim. YDP Persatuan Ibubapa Guru

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Bihud anak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Pemanca Mas Shamsiah bt Maslem, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa murid-murid SK Abang Aing. Di akhir majlis, Encik James telah menyampaikan tropi kemenangan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian sementara Yang Berhormat Hajah Simoi teleh diberi penghormatan untuk menyampaikan tropi kepada olahragawan dan olahragawati terbaik 2012.
Wakil Ketua Rumah menerima piala kemenangan.

Olahragawan Terbaik 2012

Cenderamata untuk Yang Berhormat

No comments:

Post a Comment