Kira-kira jam 4.50 petang, siang tadi telah berlaku kebakaran di sebuah kawasan perumahan, di bandar Sri Aman, Sarawak. Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah telah musnah sama sekali akibat litar pintas. Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba setengah jam kemudian hanya dapat mengawal kebakaran dari merebak ke kediaman lain yang berdekatan. Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.
Penduduk kejiranan yang cuba membantu seupaya yang boleh. |
Menurut Encik Morshidi Mohamad, rumah separuh konkrit yang telah dihuni bersama keluarga selama lebih 32 tahun musnah sama sekali dalam masa satu jam. Beliau hanya dapat menyelamatkan keluarga beliau dengan pertolongan jiran-jiran berdekatan, tambahnya dengan rasa sebak. Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan beliau dan keluarga berada dalam keadaan sehelai sepinggang. Harta benda termasuk dokumen-dokumen penting telah musnah sama sekali.
Api yang bermula dari tingkat atas. |
Tak sampai setengah jam, api merebak di bahagian bawah rumah. |
Sumber tenaga elektrik terpaksa dipotong untuk mengelak kejadian lebih buruk. |
Rata-rata saksi di tempat kejadian, melemparkan nada kekesalan dengan sistem pili bomba yang tidak diselenggara. Keadaan tekan air yang terlalu rendah menyukar usaha pihak bomba dan penyelamat memadam kebakaran dengan lebih cepat. Mereka berpendapat sekiranya tidakan cepat pihak bomba dan penyelamat dibantu dengan keadaan tekanan air yang kuat, bahagian tingkat bawah dapat diselamatkan.
Walau apa pun rungutan dan kekesalan yang kedengaran pihak bomba dan penyelamat telah bertindak pantas dengan mengawal api merebak ke dua buah rumah yang berdekatan. Syabas kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia, yang mengawal keadaan.
Sesungguhnya, apa yang berlaku itu kehendak Allah jua dan ada hikmah di sebaliknya. Didoakan agar mangsa kebakaran dan keluarga sentiasa sabar dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Amin.
Sedih jiwa yang melihat, sedih lagi insan yang menanggung bebanan. Moga sentiasa tabah dengan segala dugaan-Nya.
ReplyDeletePerlu tabah menghadapi semua nie Sue. Mungkin balasan atau dugaan Yang Maha Esa.
Delete