Sila klik

Saturday 20 October 2012

Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17

Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17, telah disempurnakan oleh YB Datuk Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, merangkap Ahli Parlimen P. 194, Petra Jaya pada 20 Oktober 2012. Majlis yang berlangsung di Dewan Kenyalang turut dihadiri oleh ibubapa pelajar Tingkatan 3 dan 5.
Majlis Graduasi MRSM KUCHING disempurnakan oleh YB Datuk Fadillah  bin Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia
merangkap Ahli Parlimen P.194, Petra Jaya



Majlis Graduasi kali ini melibatkan seramai 124 orang pelajar dari Tingkatan Tiga dan 116 orang pelajar dari Tingkatan Lima. Majlis yang dimulakan dengan Perarakan Masuk Graduan, diikuti oleh Tetamu kehormat dan Ahli Senat mendapat dimulakan kira-kira pukul 10.00 pagi. Untuk memberkati majlis, bacaan surah Al-Alaq telah diperdengarkan. 
Kumpulan Gamelan MRSM KUCHING dengan persembahan yang memukau hadirin


Sepanjang majlis, iringan muzik telah dimainkan oleh Pasukan Gamelan MRSM Kuching yang dianggotai oleh kebanyakan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Dalam ucapan alu-aluan Pengetua MRSM Kuching, beliau telah mengimbas kembali beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh maktab sepanjang tahun 2012. Encik Ahmad Sanusi Hashim, juga telah mengingatkan pelajar-pelajar terutamanya Tingkatan 5 agar lebih bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup selepas melangkah keluar dari MRSM KUCHING.

Semasa menyampaiak ucapan perasmian, YB Datuk Fadillah Yusof, telah mengariskan halatuju kerajaan dalam usaha menjanakan modal insan yang boleh menyumbang kepada negara dan boleh bersaing di peringkat global. Tegas beliau, Malaysia tidak boleh lagi sebagai negara pengguna teknologi selama-lamanya sebaliknya kita harus berperanan sebagai pencipta teknologi tersebut. Sebagai sebuah negara membangun yang paling maju ke depan, beliau berharap agargraduan-graduan MRSM KUCHING kali ini mengambil peluang yang telah disediakan oleh kerajaan.
Sebahagian daripada peserta graduasi dari Tingkatan Tiga

Dalam majlis graduasi kali ini, Brian McSalako telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 3 sementara Axconny Khiu telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 5. Kedua-dua penerima anugerah diiringi oleh ibubapa masing-masing.
YB Datuk Fadillah bersama Ahli Senat MRSM KUCHING
Pentas Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17

Pembawa Cokmar yang mengetuai perarakan Tetamu Kehormat dan ahli Senat

No comments:

Post a Comment