Sila klik

Monday 11 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 1


Salam.
Inisiatif pendidikan yang digariskan dalam Government Transformation Programme (GTP 1.0) dan dilaksana dalam tempoh tiga tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan Malaysia. Insiatif-insiatif yang telah disasarkan untuk membawa kejayaan besar, iaitu perubahan yang ketara dan segera dijangka akan memberi impak yang positif kepada rakyat dan menyemarakkan kejayaan pelajar. Genap tiga tahun pelaksanaan GTP 1.0, 5 Kejayaan Besar atau Big Win telah dikenalpasti. Kejayaan Besar atau Big Win 1, adalah Peningkatan Kadar Penyertaan Prasekolah.

Akses yang sama rata kepada setiap orang kana-kanak tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi adalah kritikal.

Pendidikan prasekolah dan awal kanak-kanak dijangka meningkatkan pembangunan kognitif yang menjanjikan perkembangan yang lebih kukuh kepada pembelajaran sepanjang hayat seorang kanak-kanak. Akses kepada prasekolah tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi kanak-kanak bagi penyediaan peluang yang sama rata adalah sangat kritikal. Untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak ke prasekolah dengan kadar yang lebih besar, Kementerian Pelajaran melalui NKRA Pendidikan atau Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mengorak beberapa langkah. Antaranya:
  • meningkatkan bilangan prasekolah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS, JPNIN, SeDIDIK dan sektor swasta.
  • menyediakan bantuan yuran prasekolah
  • menyediakan Geran untuk meningkatkan kualiti guru

Dalam GTP 1.00, NKRA Pendidikan telah mensasarkan matlamat untuk meningkatkan enrolmen prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas dan 5 tahun ke atas dari 67% pada tahun 2010 kepada 80% menjelang tahun 2011. Pencapaian sasaran ini telah menurun sedikit kepada 77% tetapi meningkat dengan drastik kepada 87% pada tahun 2012. Adalah menjadi harapan Kementerian Pelajaran, pada tahun 2015 kadar enrolmen ini akan menjangkau 92%.


Empat lagi Kejayaan Besar atau Big Win akan dikupas dalam entri yang akan datang secara bersiri.

2 comments:

  1. Usaha kerajaan sebegini untuk anak Malaysia wajar kita hargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala usaha untuk membolehkan anak Malaysia mendapat pendidikan sepanjang hayat di samping dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

      Delete