Sila klik

Thursday 14 February 2013

Inisiatif Pendidikan dalam GTP 1.0 - Big Win 4

Salam.
Kejayaan Besar atau Big Win yang seterusnya adalah Perjanjian Baru Untuk Guru Besar dan Pengetua. Inisiatif tersebut adalah penilaian berasaskan pencapaian bagi pengetua dan guru besar dengan ganjaran dan akibat-akibatnya dijelas dan dipersetujui. Perjanjian Baru atau Bai'ah ini membawa penekanan bahawa pemimpin yang baik mampu membawa hasil yang cemerlang kepada seluruh sekolah.

Ganjaran yang termaktub dalam Perjanjian Baru Untuk Guru Besar dan Pengetua diberi dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Manakala sekolah-sekolah yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan akan dihantar untuk mengikuti program-program pembangunan prestasi dan pemulihan bagi membantu meningkatkan pencapaian. Kelayakan untuk Perjanjian Baru amat ketat dan memerlukan set penilaian yang melihat kepada prestasi sekolah secara keseluruhan, juga ketrampilan pemimpin sekolah (guru besar dan pengetua).

Sasaran awal yang ditetapkan untuk inisiatif ini pada tahun 2011, 3% daripada keseluruhan guru besar dan 2% dari keseluruhan pengetua. Angka sebenar yang dicapai adalah 5.2% dan 4.2% masing-masing untuk guru besar dan pengetua. Satu lagi Kejayaan Besar atau Big Win dalam GTP 1.0. Seterusnya sasaran untuk tahun 2012 pula ditetapkan pada kadar 4% dan 3%, masing-masing untuk guru besar dan pengetua. Untuk tahun 2010 dan 2011, seramai 1,203 orang guru besar dan pengetua telah menerima ganjaran dalam Perjanjian Baru. Syabas dan tahniah.

No comments:

Post a Comment