Sila klik

Tuesday 12 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 2

Salam.
Memang tidak dapat dinafikan setelah tiga tahun GTP 1.0 dilancarkan oleh kerajaan, terdapat perubahan ketara yang membawa faedah kepada rakyat. Pendidikan merupakan asas utama yang mampu mengangkat sesebuah negara dari berpendapatan sederhana ke berpendapatan tinggi. Di samping menangani isu asas tentang pendidikan prasekolah, Program Transformasi Kerajaan (GTP) melihat juga kemahiran asas literasi dan numerasi. Kejayaan Besar yang seterusnya atau Big Win 2, berkaitan dengan Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi.


Malaysia telah menghampiri enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%) dan kadar yang tinggi bagi sekolah menengah (85% bagi menengah rendah dan 78% bagi menengah atas). Walaupun kita sudah pun mencapai kadar literasi dewasa sebanyak 92%, usaha perlu diteruskan untuk mengukuhkan asas masyarakat bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Dalam usaha untuk semua pelajar sekolah menguasai literasi dan numerasi, program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan. LINUS menjadi alat penyaringan tahap kemahiran pelajar dalam 3 tahun pertama di sekolah rendah. Matlamat awal yang telah ditetapkan untuk program LINUS, 95% dari pelajar Tahun Dua menguasai literasi dan numerasi pada tahun 2011. Amat membanggakan pencapaian sebenar, iaitu 97.5% melepasi kemahiran asas literasi manakala 98.6% untuk kemahiran asas numerasi. Malah di akhir persekolahan Tahun Tiga (2012), 99.84% menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan 99,92% menguasai kemahiran asas numerasi (sila baca di sini).  Satu Kejayaan Besar atau Big Win telah dicapai. 

Bertitik-tolak dari kejayaan tersebut, LINUS 2.0 diperkenalkan pada tahun 2013 dengan memasukkan unsur baru iaitu Literasi Bahasa Inggers. Dalam entri yang akan datang, akan dikupas Big Win 3, iaitu Menwujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

No comments:

Post a Comment