Sila klik

Friday, 15 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 5



Salam.
Sekolah Berprestasi Rendah memerlukan langkah-langkah sokongan yang berterusan dan tahap kebertanggungjawaban yang tinggi  untuk meningkatkan sistem penyampaian pendidikan kepada pelajar-pelajar. Di samping itu juga, usaha-usaha perlu digembleng untuk menutup jurang sekolah kategori ini dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekaligus mengurangkan perbezaan pencapaian antara pelajar. Usaha ini berkaitan dengan inisiatif yang seterusnya iaitu Mengurangkan Jurang Perbezaan Antara Sekolah.


Untuk memudahkan usaha penambahbaikan Sekolah Berprestasi Rendah NKRA Pendidikan memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah atau School Improvement Program (SIP). Dengan lain perkataan, SIP bertujuan membantu Sekolah Berprestasi Rendah untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi. Program ini bertindak sebagai serampang dua mata; selain mengurang bilangan Sekolah Berprestasi Rendah ia juga meningkat bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Matlamat asal untuk sasaran pada tahun 2011 adalah mengurang 20% bilangan sekolah yang berada dalam Band 6 dan Band 7 dan meningkat 8% bilangan sekolah di dalam Band 1 dan Band 2. Hasilnya, telah melepasi sasaran dengan lonjakan sebanyak 40.25% pengurangan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 dan 21.86% peningkatan bilangan sekolah dalam Band 1 dan Band 2. Satu Kejayaan Besar atau Big Win  dalam pencapaian GTP 1.0 untuk inisiatif pendidikan. Pencapaian terkini dalam usaha ini adalah peratusan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 berjaya dikurangkan sebanyak 43.6% dan pada waktu yang sama berlaku peningkatan sebanyak 28.6% jumlah sekolah dalam Band 1 dan Band 2. baca di sini

No comments:

Post a Comment