Salam.
Kejayaan Besar atau Big Win yang seterusnya untuk inisiatif pendidikan dalam GTP 1.0 adalah Memperbanyakkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Matlamat
utama inisiatif ini adalah untuk mengalak dan memotivasi kalangan pendidik
dengan cara mengenalpasti dan mengiktiraf sekolah-sekolah berprestasi tinggi di
seluruh negara. Proses ini dijalankan
melalui penilaian yang ketat dari segi pencapaian akademik juga bukan akademik,
kekuatan persatuan alumni dan kejayaan melalui pertandingan serta ‘net-working’
di peringkat antarabangsa.
Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti dan diiktiraf
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
disediakan insentif berupa geran peruntukan bernilai RM700,000 bagi
mengekal dan mempertingkatkan prestasi yang sedia ada. Juga sebagai galakan
kepada sekolah-sekolah lain untuk meningkat kepada prestasi yang lebih tinggi agar
termasuk dalam kumpulan SBT.
![]() |
Antara sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT. |
Sasaran awal inisiatif ini, untuk mengiktiraf dan member ganjaran
kepada 50 buah SBT pada akhir tahun 2011 tetapi angka ini meningkat kepada 52
buah SBT. Sehingga akhir 2012, sebanyak 91 buah sekolah telah diiktiraf sebagai
Sekolah Berprestasi Tinggi - baca di sini Kejayaan ini menambahkan lagi Big Win atau Kejayaan
Besar GTP 1.0.
- sumber Portal Program Transformasi Kerajaan
sekolah anak aku belum lagi ler..heheheh
ReplyDeleteInsyallah, akan tiba masanya kerana saya pasti guru-guru semuanya berdedikasi.
Delete