Sila klik

Friday 25 January 2013

Tahniah Pasukan Kawad Beruniform Sekolah.

Salam.
Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pengakap Sekolah kerana berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Beruniform Sekolah peringkat daerah Sri Aman. Pertandingan yang dianjurkan oleh Batalion Ke 13, Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD), sempena dengan Karnival Sri Aman 2013, menyaksikan 7 buah sekolah rendah mengambil bahagian.


Puteri-puteri SK Abang Aing menunggukeputusan penuh debaran,

Penyokong tegar bersama jurulatih. 

Keletihan agaknya setelah mempersembahan kawad yang menarik.
Dalam pertandingan tersebut, SJK Chung Hua Simanggang dinobatkan sebagai Johan apabila melakukan kawad formasi yang memukau juri-juri pertandingan. SK Abang Aing yang mempertaruhkan Kumpulan Pengakap berjaya sebagai Naib Johan, sementara SK St Lawrance mendapat tempat ketiga. Pertandingan dilangsungkan di Kompleks Sukan Sri Aman.

- kredit kepada Puan Rafeah Ahmad kerana gambar-gambar



6 comments:

  1. Tahniah...hebat pelajarnya krn hebat gurunya...
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Terima ksih. Dah pun berkunjung ke blog http://suteraungu87.blogspot.com/. Sangat informative. Menarik dan kemas. Suka muzik latarbelakangnya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Teringat masa jadi pengakap dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sekali, dunia pengakap sekarang tidak seseronok zaman Amanda dan zaman saya. Dulu kita meredah hutan dirikan khemah dan buat unggun api. Sekarang kalau ada pun perkhemahan, cuma di kawasan lapang sekolah.

      Delete