Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Salam.
Menjelang 12 Rabiu'awwal setiap tahun, sudah menjadi satu kemestian bagi umat Islam mengadakan sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah SAW. Majlis berzanji dan bacaan rawi akan berkumandang di segenap pelusuk kampung, sementara di bandar pula, umumnya akan diadakan sambutan secara besar-besaran dengan menganjurkan perarakan, perhimpunan dan ceramah perdana. Pastinya sesuatu yang cukup bermakna bila memperingati satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia.
Majlis Berzanji - Sumber : ZAIDIRAZALI.COM |
Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung dari Allah SWT kepada alam semesta ini. Manusia pada ketika itu berada di dalam kekufuran, kesesatan dan kesyirikan. Penyembahan berhala merupakan satu penghormatan, penzinaan adalah satu kebanggaan, mabuk dan judi berleluasa, merompak dan membunuh diiktiraf sebagai keberanian. Pendek kata, zaman pada ketika itu diselubungi kegelapan. Allah SWT telah mengutus seorang Rasul untuk menghentikan semua kemungkaran dan membawa cahaya Illahi.
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, marilah kita sama-sama menghayati keperibadian mulia junjungan kita Rasulullah SAW. Sekaligus kita mencontohi kesungguhan dan ketabahan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam. Di sebalik sifat kesungguhan dan ketabahan Rasulullah SAW sebagai pemimpin agung, baginda menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. Pernah diriwayat oleh Aisyah, Rasulullah SAW berkata kepadaku:
Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata : Aku tidak berharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang. Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdoa kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu.Marilah kita mengambil ikhtibar dari kesederhanaan baginda Rasulullah SAW sempena dengan tema Perayaan Maulidur Rasul tahun ini iaitu, Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
jom sama-sama meriahkan hari kelahiran nabi kita.. jangan duk sambut tahun baru je beria..
ReplyDeletebetul tu. esok berpusu-pusulah kita menyertai perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
DeleteSambutan Maulidur Rasul untuk semua...
ReplyDeleteAlhamdudillah Hanif, sambutan di peringkat sekolah telah dilangsungkan hari ini. Keterangan lanjut ada di
Deletehttp://skabangaing.blogspot.com/2013/01/warna-warni-sambutan-maulidur-rasul.html