Sila klik

Tuesday 29 January 2013

Cerita Sedih Di Sebalik RM100

Salam.
Banyak cerita yang kita dengar dan baca tentang Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100. Kebanyakannya cerita gembira dan kesyukuran ibu bapa. Ramai yang mampu menghela nafas lega. Apa tidaknya, setelah berhabis duit menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak untuk sesi persekolahan yang bermula pada 2 Januari lepas. Paling tidak pun habis juga ratusan ringgit untuk pakaian sekolah, alatulis, buku rujukan dan seribu satu macam keperluan. Itu sorang, bayangkanlah kalau ada 4 atau 5 orang anak yang masih bersekolah. Lari juga bajet sebelum menunggu hari gaji pada hujung bulan.

Kebanyakan ibu bapa tersenyum lebar menerima RM100 untuk anak masing-masing, ada yang membawa pulang sehingga RM500, apa tidaknya kalau ada 5 orang anak yang bersekolah. Di tengah-tengah keriangan ibu bapa yang menuntut wang RM100 untuk anak-anak, penulis didatangi seorang ibu muda yang bersedu-sedan dengan linangan airmata. Tersentuh juga penulis. Lalu diceritakan tentang kes linangan airmata tadi.


Rupa-rupanya wanita muda tadi telah diceraikan suami tanpa sebarang nafkah. Apabila hendak menuntut wang RM100, rupa-rupanya wang tersebut telah diambil awal-awal oleh bekas suaminya. Menurut sumber, ibu muda tersebut merupakan suri rumah sepenuh masa yang terpaksa menyara diri dan 2 orang anaknya. Wang RM100 itulah harapan yang ada untuk membiayai persekolahan anak. Mungkin ada yang menganggap, bahawa linangan airmata tersebut sengaja diada-adakan. Namun penulis faham. Bagi setengah orang, apa sangatlah RM100, tapi bagi si ibu muda, nilainya amat besar. 

Kes-kes begini memang sering berlaku, selalunya si ibu 'tinggal' yang sering jadi mangsa. Insyallah, penulis akan mencari jalan bagaimana si ibu muda tadi mendapat haknya.

5 comments:

  1. Tersentuh hati mendengarnya... Sepatutnya wang itu hanya boleh di ambil bersama dengan anak sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Out of topic: Tuan sifu kalau boleh disable verification dan buat appr sebelum komen disiarkan lagi elok. Verification ni membuatkan org malas nak komen, leceh dan menyusahkan. Kadang2 berkali2 baru lepas. Maklumlah...dah rabun.
      Sekadar pandangan saje...

      Delete
    2. Ok tuan. terima kasih atas pandangan.

      Delete
  2. teruk betul la lelaki tu... duit tu bukan hak ibu bapa pun... hak anak... untuk anak bersekolah tujuannya...tapi dalam kes ni, rasanya si ibu pun sangat memerlukan... x der hati perut betul...

    ReplyDelete
  3. Kesian ya Farah. Itulah lumrah sekarang, golongan Hawa selalu jadi mangsa.

    ReplyDelete