Sila klik

Saturday, 10 November 2012

Bulan-Bulan Islam | iluvislam.com discover the beauty of islam

Bulan-Bulan Islam | iluvislam.com discover the beauty of islam


Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat  itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al -Taubah : 36)

Tuesday, 6 November 2012

Keputusan UPSR 2012- Bila diumumkan?




Screen shot Kenyataan Akhbar Kementerian Pelajaran Malaysia

Screen shot Berita Harian bertarikh 6 Nov 2012

Monday, 5 November 2012

First Wave - Serangan Buah Dabei di Sri Aman.

Salam.
Walaupun Sri Aman bukan pengeluar buah dabei utama Sarawak, kedatangannya amat ditunggu oleh peminat-peminat buah dabai. Penulis rasa ada dua kemungkinan. Pertama, buah dabei Sri Aman ada rasanya yang tersendiri, lebih lemak  dan texture isinya yang halus berkrim. Kedua, harganya agak berpatutan, tidaklah seperti buah dabei dilain-lain tempat yang boleh mencecah sampai RM40.00 sekilogram.


Buah dabei dari Sri Aman, dari spesis kecil
Minggu lepas, penulis berkesempatan jalan-jalan di Pasar Tamu', Sri Aman. Telah terdapat beberapa orang wanita Iban menjual buah dabei dengan harga RM4.00 - RM5.00 satu kong (bekas tin 425gm) atau RM15.00 - RM20.00 sekilogram.  Masa saya tiba di Pasar Tamu', wanita-wanita tersebut baru saja memunggah turun barang jualan mereka dari van yang membawa mereka. Telah menunggu mereka, bebeberapa orang pencita buah dabei. Tak sampai 15 minit, semuanya telah terjual. Malah terdapat seorang pembeli, yang membeli setambok atau seragak (sejenis keranjang berbentuk selinder) buah dabei untuk dihantar kepada sahabat handai di Kuching.

Tambok atau ragak

Buah dabei yang bertangkai, menandakan kesegaran buah tersebut.

Menurut sumber dari salah seorang wanita Iban tersebut, buah dabei yang mereka bawa berasal dari kawasan Engkilili. Menurut beliau lagi, buah yang mereka jual adalah dari bunga awal dan tidak begitu banyak. Pada penghujung tahun nanti, barulah musim buah dabei. Pada waktu itulah, harga yang dijual akan turun sehingga RM1.00 sekong atau RM5.00 sekilogram.



Spesis yang lebih besar.

Untuk pengetahuan pembaca yang berasal dari luar Sarawak, buah dabei dimakan dengan cara merendam nya di dalam air suam atau air panas sehingga menjadi lembut. Dimakan dengan begitu saja setelah air panas tadi dibuang atau digaul dengan garam dan kicap untuk menambah kelemakan buah dabei tersebut.

Berkunjunglah ke Sri Aman untuk merasa keunikan buah dabei, sejenis buah eksotik Sarawak.

Sunday, 4 November 2012

~MR Blogpost: PERKAHWINAN DATUK LEE CHONG WEI

~MR Blogpost: PERKAHWINAN DATUK LEE CHONG WEI: mStar Online Jaguh terbilang badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menamatkan zaman bujangnya yang bakal melangsungkan perkahwinan ...

Thursday, 1 November 2012

Dah berkunjung ke Sinar Serapi Eco Theme Park? Jom kita ke sana.

Salam.
Kali ini saya ingin mengajak pembaca semua menjenguk ke sebuah resort percutian berhampiran bandaraya Kuching, di Sarawak. Sinar Serapi Eco Theme Park Resort terletak 14 km dari bandaraya Kuching. Berlatarbelakangkan persekitaran gunung Serapi yang indah dan semulajadi, menjadikan resort ini agak unik.



Berkonsepkan wawasan 'persekitaran utopia' dan resort percutian bersepadu, menjadikan resort ini tidak putus-putus dikunjungi pelancong luar dan dalam negeri. Dengan tasik buatan manusia, seluas 20 ekar, Sinar Serapi Eco Theme Park membawa konsep 'semua dalam satu'. 


Keunikan konsep taman tema dan rumah persinggahan Sinar Serapi Eco Theme Park  telah memenangi Anugerah Khas untuk Konsep Rekabentuk Terbaik dari Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak. Resort yang telah memulakan operasi sejak 2010, menyediakan menyediakan tempat kediaman dengan 4 bilik tidur beserta 3 bilik mandi. Pakej ini termasuk sarapan untuk 7 orang dan akses percuma untuk aktiviti air.


Kemudahan yang disediakan tidak hanya sesuai untuk 'team building' sektor koporat tetapi menepati citarasa keluarga yang inginkan percutian 'semua dalam satu' di bawah satu bumbung. Antara kemudahan lain yang disediakan, termasuklah 'steamboat atau BBQ bufet, 'live band dan karaoke, permainan berbagai jenis termasuk aktiviti trekking dan aktiviti mountain bike.

Apa lagi? Berkunjunglah ke Sinar Serapi Eco Theme Park Resort.