Sila klik

Wednesday, 13 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 3


Salam.
Kejayaan Besar atau Big Win yang seterusnya untuk inisiatif pendidikan dalam GTP 1.0 adalah Memperbanyakkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengalak dan memotivasi kalangan pendidik dengan cara mengenalpasti dan mengiktiraf sekolah-sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara.  Proses ini dijalankan melalui penilaian yang ketat dari segi pencapaian akademik juga bukan akademik, kekuatan persatuan alumni dan kejayaan melalui pertandingan serta ‘net-working’ di peringkat antarabangsa.


Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti dan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)  disediakan insentif berupa geran peruntukan bernilai RM700,000 bagi mengekal dan mempertingkatkan prestasi yang sedia ada. Juga sebagai galakan kepada sekolah-sekolah lain untuk meningkat kepada prestasi yang lebih tinggi agar termasuk dalam kumpulan SBT.

Antara sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT.

Sasaran awal inisiatif ini, untuk mengiktiraf dan member ganjaran kepada 50 buah SBT pada akhir tahun 2011 tetapi angka ini meningkat kepada 52 buah SBT. Sehingga akhir 2012, sebanyak 91 buah sekolah telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi - baca di sini Kejayaan ini menambahkan lagi Big Win atau Kejayaan Besar GTP 1.0.

Agensi kerajaan mana punya angkara? - Wordless Wednesday (WW)


Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan sebarang penerangan kecuali pada 'caption'. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat tafsiran sendiri. " A picture is worth a thousand words. "


2 lot perumahan kos rendah 
Menutup peluang rakyat  yang memerlukan rumah kos rendah
Kononnya nak dijadikan rumah kakitangan, 
Nyamuk membiak di kawasan bertakung.
Nun di kejauhan rumah kejiranan yang lain dikeliling semak-samun.


Tuesday, 12 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 2

Salam.
Memang tidak dapat dinafikan setelah tiga tahun GTP 1.0 dilancarkan oleh kerajaan, terdapat perubahan ketara yang membawa faedah kepada rakyat. Pendidikan merupakan asas utama yang mampu mengangkat sesebuah negara dari berpendapatan sederhana ke berpendapatan tinggi. Di samping menangani isu asas tentang pendidikan prasekolah, Program Transformasi Kerajaan (GTP) melihat juga kemahiran asas literasi dan numerasi. Kejayaan Besar yang seterusnya atau Big Win 2, berkaitan dengan Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi.


Malaysia telah menghampiri enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%) dan kadar yang tinggi bagi sekolah menengah (85% bagi menengah rendah dan 78% bagi menengah atas). Walaupun kita sudah pun mencapai kadar literasi dewasa sebanyak 92%, usaha perlu diteruskan untuk mengukuhkan asas masyarakat bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Dalam usaha untuk semua pelajar sekolah menguasai literasi dan numerasi, program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan. LINUS menjadi alat penyaringan tahap kemahiran pelajar dalam 3 tahun pertama di sekolah rendah. Matlamat awal yang telah ditetapkan untuk program LINUS, 95% dari pelajar Tahun Dua menguasai literasi dan numerasi pada tahun 2011. Amat membanggakan pencapaian sebenar, iaitu 97.5% melepasi kemahiran asas literasi manakala 98.6% untuk kemahiran asas numerasi. Malah di akhir persekolahan Tahun Tiga (2012), 99.84% menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan 99,92% menguasai kemahiran asas numerasi (sila baca di sini).  Satu Kejayaan Besar atau Big Win telah dicapai. 

Bertitik-tolak dari kejayaan tersebut, LINUS 2.0 diperkenalkan pada tahun 2013 dengan memasukkan unsur baru iaitu Literasi Bahasa Inggers. Dalam entri yang akan datang, akan dikupas Big Win 3, iaitu Menwujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Monday, 11 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 1


Salam.
Inisiatif pendidikan yang digariskan dalam Government Transformation Programme (GTP 1.0) dan dilaksana dalam tempoh tiga tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan Malaysia. Insiatif-insiatif yang telah disasarkan untuk membawa kejayaan besar, iaitu perubahan yang ketara dan segera dijangka akan memberi impak yang positif kepada rakyat dan menyemarakkan kejayaan pelajar. Genap tiga tahun pelaksanaan GTP 1.0, 5 Kejayaan Besar atau Big Win telah dikenalpasti. Kejayaan Besar atau Big Win 1, adalah Peningkatan Kadar Penyertaan Prasekolah.

Akses yang sama rata kepada setiap orang kana-kanak tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi adalah kritikal.

Pendidikan prasekolah dan awal kanak-kanak dijangka meningkatkan pembangunan kognitif yang menjanjikan perkembangan yang lebih kukuh kepada pembelajaran sepanjang hayat seorang kanak-kanak. Akses kepada prasekolah tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi kanak-kanak bagi penyediaan peluang yang sama rata adalah sangat kritikal. Untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak ke prasekolah dengan kadar yang lebih besar, Kementerian Pelajaran melalui NKRA Pendidikan atau Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mengorak beberapa langkah. Antaranya:
  • meningkatkan bilangan prasekolah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS, JPNIN, SeDIDIK dan sektor swasta.
  • menyediakan bantuan yuran prasekolah
  • menyediakan Geran untuk meningkatkan kualiti guru

Dalam GTP 1.00, NKRA Pendidikan telah mensasarkan matlamat untuk meningkatkan enrolmen prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas dan 5 tahun ke atas dari 67% pada tahun 2010 kepada 80% menjelang tahun 2011. Pencapaian sasaran ini telah menurun sedikit kepada 77% tetapi meningkat dengan drastik kepada 87% pada tahun 2012. Adalah menjadi harapan Kementerian Pelajaran, pada tahun 2015 kadar enrolmen ini akan menjangkau 92%.


Empat lagi Kejayaan Besar atau Big Win akan dikupas dalam entri yang akan datang secara bersiri.

Wednesday, 6 February 2013

Main Tiup Kertas - WORDLESS WEDNESDAY (WW)

Salam.
Setiap hari Rabu, semua blogger membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan. Lihat gelagat gelagat mereka, cuba tafsirkan apa yang dibualkan.