Sila klik

Friday 14 December 2012

Mandi Safar? Satu amalan khurafat.

Salam.
Esok adalah permulaan bulan kedua, Safar mengikut perkiraan kalendar Islam. Safar dalam bahasa Arab bermaksud sifar atau kosong. Semasa zaman jahiliah, orang Arab meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dalam peperangan selepas bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah mengekalkan nama bulan Safar.

Suatu ketika dulu, di kalangan orang Melayu bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menjuruskan kepada amalan khurafat dan tahyul kononnya untuk menangkis bala atau musibah menimpa mereka. Antara amalan khurafat yang dilakukan adalah Mandi Safar, membuat ancak dan menghindarkan perkahwinan dalam bulan Safar. Amalan-amalan ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, malah boleh merosakkan akidah seseorang.

Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman dan bertawaqal.   - surat At Taubah, ayat 51
Apakah Mandi Safar? Mandi beramai-ramai di tepi sungai mahupun pantai yang dianggap sebagai satu ritual untuk menolak bala pada bulan Safar atau menghapuskan dosa. Pada kebiasaanya amalan Mandi Safar dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar. (sumber Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Dalam amalan tersebut, orang Melayu pada masa dahulu berduyun-duyun menuju ke destinasi yang dipilih, diiringi dengan alunan muzik, nyanyian dan jampi serapah. Kemudian mereka membaca jampi tertentu dan menulisnya pada kertas lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi air untuk dijadikan air mandian. Amalan ini masih berlaku di setengah tempat di Kalimantan Barat seperti yang dikupas oleh blog Melayu Online.

Ritual Mandi Safar

Entri yang berkaitan: 

6 comments:

  1. Nasib baik kat Malaysia rak der lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdudillah. Kesedaran dah timbl tentang amalan nie. berkat peranan para ulamak yang berani menegur dan membetulkan keadaan.

      Delete
  2. Yalah tak pernah dengar ada yang buat madi safar kat Malaysia..kadang-kadang dia orang ni agak pelik..yang sepatutnya di buat tak di buat, yang tak patut berlumba-lumba nak buat..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 ada Raudzah coba tanya orang tua-tua tapi sekarang dah tak ada lagi. Di negara jiran masih berlaku.

      Delete
  3. dulu orang melayu ada buat. mak pernah cerita.. skrg rasanya dah pupus kot.. eheh

    ReplyDelete