Sila klik

Friday 21 December 2012

Bercuti Di Teluk Bandung, Santubong - Damai Beach Resort

Pesisiran Teluk Bandung.
Salam.
Bayangkan suasana nyaman di tepian pantai berlatar belakangkan hutan hujan teropika yang agak menyegarkan. Penulis teringat tentang cerita lagenda "Puteri Santubong,Puteri Sejinjang" yang turut dikisahkan melalui lagu dengan tajuk yang sama oleh penyanyi Safar Ghafar. Dengan berlatar belakangkan Gunung Santubong, menyerlahkan lagi Teluk Bandung sebagai destinasi percutian yang mesti dikunjungi.

Jajaran Gunung Santubong nampak di kejauhan
Walaupun perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Teluk Bandung cuma sejauh 32 km ia mengambil masa pemanduan hampir 40 minit kerana banyak kenderaan yang berulang alik. Maklum sajalah musim cuti sekolah. Tempahan bilik penginapan telah dibuat sejak awal November dan Damai Beach Resort yang berkonsepkan sebuah perkampung nelayan tradisional menjadi pilihan. 

AA dan Yaya kepenatan di lobi Damai Beach Resort.
Dengan menghadap ke Laut Cina Selatan, resort ini menjanjikan aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Pasir yang terjaga bersih dengan aspek keselamatan dititikberatkan, Damai Beach Resort menjadi pilihan ramai walaupun di kawasan berhampiran terdapat 2 lagi resort saingan.


Mandi-manda sambil menikmati deburan ombak.

Suasana yang sejuk dan nyaman ketika air surut di Teluk Bandung
Kak Yaya menunjukkan skill mengimbangi badan.
Setelah penat dengan aktiviti harian, pada sebelah malamnya menikmati pemandangan dari tempat penginapan yang berada di atas bukit menghadap laut. Walaupun keadaan agak lembab akibat hujan petang, angin yang datang dari Laut Cina Selatan membawa suhu yang agak panas mengimbang suasana.

Antara penginapan yang disediakan -
 Baruk Suite
Kak AA  meninjau sekitar tempat penginapan
Dek Usop The Big Boss tak mahu mandi laut, last-last mini jakuzzi jadi pilihan.
Tempat makan?Tak jadi masalah. Sesuai dengan taraf 4 bintang, Damai Beach Resort menyediakan banyak pilihan : Cafe Satang, Fishermen's Seafood Restaurant, Mango Tree Terrace, termasuk Pakej Steamboat dan BBQ. Penulis dan keluarga lebih suka menerobos angin malan ke Kampung Buntal untuk menikmati makanan laut. Selain daripada itu, Damai Sentral yang berdelatan juga menyediakan beraneka jenis makanan tempatan dan makanan barat.
Mercu tanda Damai Sentral - burung kenyalang
Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di Damai Beach Resort, terasa puas dan berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Selain daripada dapat melarikan diri dari kesibukan bandaraya Kuching, hubungan antara ahli keluarga semakin erat terutama dapat meluang banyak masa untuk kak Aa, kak Yaya dan dek Usop.

Berkunjunglah ke Teluk Bandung dan jadikan Damai Beach Resort sebagai tempat penginapan pilihan. Cuti-cuti Malaysia.

Entri berkaitan:

  1. Sudah Berkunjung Ke Sinar Serapi Eco Theme Park? Jom kita ke sana.
  2. Sepagi Di Tebingan Kuching.

6 comments:

  1. Seronoknya....walau duit banyak dihabiskan....tapi kalau puas hati...semua tu tak jadi masalahkan...sifu wan...

    ReplyDelete
  2. Yang lebih seronok, dapat menghimpunkan anak-anak dalam percutian keluarga.

    ReplyDelete
  3. Memang berbaloi. Baru lepas pergi ke sini bersama 15 ahli keluarga yang lain pada 24-26 November 2012 yang lalu. Seronok ..... terutama ketika mandi di pantai dan di kolam renang yang ada air terjun. Pasti akan datang lagi dengan izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah bersama keluarga di sana? Perlu berhati-hati ketika mandi pantai.

      Delete
  4. Tempatini memang sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga. Cuma perlu hati-hati ketika mandi pantai, patuhi peraturan yang ada.

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete