Sila klik

Monday 2 September 2013

Dasar 1MURID 1SUKAN.


Salam.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Adalah menjadi harapan agar dengan terlaksananya dasar ini ia dapat:


  1. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
  2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
  3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan hingga ke tahap yang lebih tinggi.


"Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan." Permulaan kata alu-aluan Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin dalam Buku Panduan 1M 1S.


Menyahut tuntutan tersebut, SK Abang Aing telah menganjurkan Hari Satu Murid Satu Sukan pada 23 Ogos yang lalu bertempat di dua venue dalam kawasan sekolah: Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Takraw. Empat acara sukan telah diadakan dalam bentuk pertandingan. Keempat-empat acara tersebut diadakan dengan bantuan 7 orang guru pelatih yang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah.




Sebagai permulaan, untuk siri awal ia melibatkan semua murid Tahun 5 seramai 120 orang. Program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan taklimat program kepada semua murid terlibat. Ianya diikuti dengan senamrobik yang dipimpin oleh sekumpulan guru sebagai sesi memanaskan badan. Murid-murid yang telah dikumpulkan dalam 4 kumpulan telah menunjukkan penyertaan aktif dalam semua aktiviti.



Program diakhiri dengan Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Encik Ramlee Rajali, Penolong Kanan sekolah.

No comments:

Post a Comment