Sila klik

Tuesday 9 July 2013

Puasa dan Kelebihan Solat Terawih



Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Kita sedang melangkah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyakkan amalan kita .... terdapat banyak kelebihan pada bulan yang mulia ini.

Ubadah Bin Somit r.a., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."






8 comments:

  1. Salam, selamat menunaikan ibadah puasa. Memang besar ganjaran orang yg melakukan sembahyang sunat terawih ini.

    Tapi maaf ya...Baik saudara selidik dan tanya kepada ustaz atau alim ulama mengenai hadis fadhilat terawih setiap malam ini, setahu saya ianya termasuk dalam hadis palsu atau pun diragui kesahihannya. Saya bukan orang yg pandai tapi jika ada keraguan lebih baik dptkan maklumat yg benar. Takut nanti, niat utk menyebarkan dan beroleh pahala menjadi dosa pula. Takut sgt anda terguris hati...minta maaf ya.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih tuan. Semarakkan semangat Ramadhan sambil berblogging.

      Delete
  3. Replies
    1. Wsalam tuan. Harapan kita agar Ramadhan kali ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

      Delete
  4. Salam 13 ramadhan sifu wan..Dah hampir dua minggu kita berpuasakan..kejap aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Raudzah. Hari ini hari ke 17, Jumaat secara kebetulan Nuzul Al-Quran. Hendaknya semoga amalan kita diterima Allah SAW.

      Delete