Sila klik

Thursday 19 June 2014

Indahnya Tempat Kelahiranku - Kampung Bako


Salam.
Kampungku, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di sepanjang Sungai Bako, menghala ke Laut Cina Selatan. Kedudukannya antara Gunung Rasah dan Gunung dan Gunung Bako, mendatangkan rahmat kepada penduduknya dari tiupan angin monsun terutama pada musim tengkujuh. Itulah Kampung Bako, telah mula didiami sekitar tahun 1853 - 1854. Mengikut cerita, Kampung Bako mula diterokai oleh Datuk Rajit dan Datuk Hunah.


Pemandangan Kampung Bako dari 2 sudut yang berbeza.
Dengan jarak sejauh 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa selama 20 minit jika menaiki kereta, Kampung Bako merupakan pintu masuk ke Taman Negara Bako. Dari jeti Kampung Bako, pelancong akan menaiki bot untuk mengunjungi Taman Negara Bako yang menyediakan suasana hutan hujan, flora dan fauna serta panorama pantai yang cantik.

Bersedia untuk ke Taman Negara Bako
Batu Sapi, mercu tanda Taman Negara Bako.
Pulau Lakei, syurga bagi pemancing tegar
Selamat Datang Ke Taman Negara Bako
Bertepatan dengan identitinya sebagai perkampungan nelayan, maka rutin harian penduduknya adalah tertumpu kepada aktiviti di sungai atau laut. Beberapa tahun dulu, Kampung Bako sinonim dengan makanan dari hasil laut iaitu belacan dan cencaluk. Dengan peredaran masa, aktiviti nelayan hanya sebagai pekerjaan sampingan untuk kebanyakan penduduk Kampung Bako.

Aktiviti menangkap 'bubuk' (udang halus)
Antara aktiviti nelayan tempatan.
Walaupun berada di perantauan, namun tempat kelahiranku masih dirindui. Kehidupan semasa zaman kanak-kanak sering mengimbau kenangan. Lebih-lebih lagi ketika bergelumang dengan pasir dan lumpur ketia memungut siput dan kepah. Juga ketika bermandikan air laut mencari ubur-ubur dan memasang belat. Alangkah indahnya, tempat kelahiranku.


12 comments:

  1. Menarik dan cantik...Love nature. Belum berpeluang ke Sarawak. Keindahan dan ketenangan suasana kampung yg masih terpelihara... Di tepi laut dgn suasana kampung nelayan dan hutan yg belum terusik...sungguh indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu indah bro. Rasanya sekarang ke sana, berjumpa dengan rakan sepermainan semasa zaman kanak-kanak dulu.

      Delete
  2. Cantiknya......
    Bagus ni ada rakan blogger tinggal kat sana....
    Boleh calling2 nanti..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Boleh. Boleh. Beritahu saja kalau datang.

      Delete
  3. Ish. Banyaknya bendera dari parti politik pada bot nelayan. Musim kempen ke PRU 13 ke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. semasa thn 70an bapa dan arwah suami bunda thn 80an..yg berkhidmat sebagai tentera...bunda pernah ikut tinggal di kem tentera, penerisen kompleks bt8, kuching , sarawak...

    hingga kini, bunda tak pernah lagi ke sarawak...teringin sangat suatu hari nak berkunjung kesana...

    apa lagi sekarang sarawak telah semakin maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekaranglah paling sesuai ke Sarawak, menjenguk kami di sini. Sama-sama kita menikmati kemajuan yang tercapai di bumi tercinta.

      Delete
  6. HAHA... bangga aku ngan orang molah blog tok... teruskan... mun dapat polah yang lebih menarik gik

    ReplyDelete
  7. aku bangga... jadi anak jati bako, anak nelayan, adik beradik membesar dengan hasil laut, belacan, cencaluk... walaupn hidup d perantauan, hati aku tetap rindukn kpg bako, awal 90an mmg best. paling best mun masa hari raya.... meriah jak kpg bako...

    ReplyDelete
  8. Kampung ku Taman permainan ku.
    Tempat jatuh lagi di kenang ini kan kampong halaman.

    ReplyDelete
  9. sekarang kamek terpaksa kembali ke bako membuat tranformasi ckit tentang sekolah dan pentadbiran asas jkkkk setelah sekian lama berkhidmat di kampung orang

    ReplyDelete