Sila klik

Tuesday 18 December 2012

Sepagi Di Tebingan Sungai



Salam
Semasa menyusuri Jalan Gambier melalui Main Bazaar terus ke Jalan Tunku Abdul Rahman, hati terpanggil untuk singgah di Tebingan Sungai Kuching untuk melihat panorama Sungai Sarawak pada waktu pagi.  Sambil menghirup secawan kopi o panas di gerai seorang anak muda yang baru dibuka, perhatian tertumpu kepada gelagat serombongan pelancong dari Korea yang berurusandengan pengendali perkhidmatan Sarawak River Cruise. Komunikasi mereka amat melucukan dengan penggunaan bahasa Inggeris dicampuraduk dengan bahasa isyarat. Setelah bertungkus lumus meyakinkan antara satu sama lain akhirnya mereka sampai kepada titik persetujuan.

Perahu tradisi - antara perkhidmatan river cruise yang ditawarkan
Harga perkhidmatan yang ditawarkan.
Selain daripada itu juga terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan river cruise dengan boat yang lebih besar berserta dengan nilai-tambah yang menarik  dan harga yang berpatutan. Dengan bayaran antara RM40 hingga RM45 pelancong akan dibawa menyusuri sungai selama satu jam termasuk makanan harian dan dipertonton dengan persembahan tarian 
tempatan. Berbaloi bukan?
Bot yang lebih besar dengan perkhidmatan yang lebih baik

Sambil menyusuri Sungai Sarawak pelancong dihibur dengan tarian tempatan.


4 comments:

  1. Cuma nak share bagaimana orang Melayu tenggelam dalam arus perdana ekonomi. Compare saja harga bagi sebuah bot kecil yang tak terjamin keselamatannya dengan sebuah bot besar yang canggih dengan nilaitambah yang boleh menarik minat pelancong.

    ReplyDelete
  2. Org melayu selalu ketinggalankan...sian....apa lg ye keunikan Sarawak?

    ReplyDelete
  3. Byk... datanglah ke Sarawak. Masyarakat, makanan dan amalan budaya. Lebih jelas lagi lawatlah Sarawak Cultural Village.

    ReplyDelete