Sila klik

Saturday 27 July 2013

Memburu Malam Lailatul Qadar

Salam.
Sememangnya Ramadhan merupakan bulan yang penuh berakah. Salah satu keistimewaan bulan ini adalah satu malam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, yakni Lailatul Qadar. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Qadr, dan diceritakan sebagai bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Banyak ayat di dalam Al- Quran yang menceritakan tentang keistimewaan malam ini. Diantaranya adalah Firman Allah SWT:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qadr (97) ayat 1-5).

Dikatakan sebagai satu malam yang penuh dengan barakah seperti 1000 bulan, karena pada malam tersebut para malaikat dan Jibril turun ke bumi serta memohon kepada Allah SWT agar mengkabulkan doa-doa hambanya. Kemuliaan malam ini berakhir dengan terbitnya fajar. 

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Laitaul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa peristiwa itu berlaku pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Ia bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW dari Ibnu Umar yang bermaksud:

"Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh".

Sebuah lagi hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Muslim bermaksud:

"Carilah dengan segala upaya kamu malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam akhir bulan Ramadan."

Jelas dari kedua-dua hadis tersebut bahawa Lailatul Qadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari bulan Ramadan. Ia adalah sebagai suatu perangsang kepada selutuh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatkangandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan.

Apakah tanda yang mengambarkan malam Lailatul Qadar? Berikut adalah tanda-tanda malam Lailatul Qadar menurut hadis-hadis dan apa yang berlaku pada para sahabat:


  1. Orang-orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan kelazatan beribadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajah kepada Allah SWT tidak seperti malam-malam lain. "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu  (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah al-Qadr)
  2. Malam yang terang,  tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan). Sebagaimana sebuah hadis, dari Wasitlah bin al-Asqo' dari Rasulullah SAW, "Lailatul Qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang." (Hadis riwayat at-Thabrani)
  3. Cahaya matahari lemah, cerah tidak bersinar kuat pada keesokannya. Dari Ubay bin Ka'ab r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..." (Hadis riwayat Muslim)
  4. Bulan nampak separuh bulatan. Abu Hurairah r.a pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang Lailatul Qadar di sisi Rasulullah SAW dan baginda bersabda, "Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang," (Hadis riwayat Muslim)
  5. Udara dan suasana pagi yang tenang. Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah bersabda, "Lailatul Qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah"
  6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi, seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Rasulullah.
Semoga Allah memudahkan kita untuk meraih malam tersebut. Amin.



Tuesday 9 July 2013

Puasa dan Kelebihan Solat Terawih



Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Kita sedang melangkah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyakkan amalan kita .... terdapat banyak kelebihan pada bulan yang mulia ini.

Ubadah Bin Somit r.a., meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."