Sila klik

Wednesday, 23 October 2013

PELAKSANAAN UJIAN KOMPETENSI ICT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam.
Pelaksanaan ujian kompetensi ICT kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah) telah dilaksanakan bermula September hingga November 2013 secara berfasa (untuk mengelakkan kesesakan sistem). Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. - baca sini dan sini atau sini


Matlamat utama ujian kompetensi ICT ini bertujuan mengumpul data yang boleh membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang dan melaksana program latihan yang tepat berdasarkan tahap digital literasi guru dan pentadbir sekolah. Oleh itu, guru dan pentadbir haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan professional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk digunakan oleh pihak KPM.

Untuk guru-guru dan pentadbir sekolah di Sarawak, Sabah, Labuan dan Selangor,  ujian ini dibuka secara dalam talian pada hari ini - 23 Oktober 2013 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir tengah malam pada 31 Oktober 2013 (Khamis). Ujian yang mengandungi 30 soalan dan mesti dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit, boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. 

Sila Klik Untuk Memulakan Ujian

Berikut adalah panduan menjawab ujian kompetensi ICT dalam talian:
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesdemuanya dalam tempoh 40 minit. menggunakan berbagai peranti.
  • Klik "log masuk" di laman Sistem Analisis Kompetensi ICT

Klik untuk imej yang lebih jelas.

  • Calon diminta memasukkan kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian.

Klik untuk image yang lebih jelas 

Klik untuk image yang lebih jelas
  • Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan.

Klik untuk image yang lebih jelas


  • Klik pada ruang jawapan yang dipilih dan klik butang SETERUSNYA untuk ke soalan yang berikutnya.

Klik untuk image yang lebih jelas
    • Untuk perhatian, setiap soalan mesti dijawab sebelum bolehj bergerak ke soalan yang berikutnya.
    • Sekiranya kesemua 30 soalan telah dijawab ataupun masa menjawab telah tamat, satu paparan akan keluar menyatakan ujian tersebut telah tamat. Klik butang LOG KELUAR untuk keluar dari sistem ujian kompetensi tersbut.

    Sila Klik Untuk Memulakan Ujian


    Selamat berujian.

    Monday, 9 September 2013

    25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


    Salam.
    Berikut disenaraikan 17 inisiatif utama beserta 8 inisiatif tambahan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 untuk perkongsian kita bersama.
    17 inisiatif utama
      1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
      2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
      3. Peningkatan kemahiran guru dalam (Trends in International Mathematics and Science Study)TIMMS  dan  PISA (The Programme for International Student Assessment Tests).
      4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
      5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
      6. Piagam Guru (Teacher Charter) termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
      7. Pelaksanaan pelan induk Continuing Professional Development (CPD) baharu
      8. Piagam Pemimpin Sekolah (Principal Charter) termasuk National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
      9. Program Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP+ dan SISC+) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
      10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
      11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas
      12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
      13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
      14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
      15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
      16. Pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
      17. Perombakan dan penjenamaan semula Program RIMUP

    8 inisiatif tambahan

      1. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
      2. Pelaksanaan HOTS (High Order Thinking Skills) dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
      3. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
      4. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
      5. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
      6. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
      7. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
      8. Naik taraf infrastruktur asas bagi memenuhi standard (cth : elektrik, air, bilik darjah, tandas)

    Sunday, 8 September 2013

    TIGA OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)

    Salam.
    Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global. Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013 yang lalu, tiga objektif itu ialah:
    1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
    2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.
    3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.

    Ketika Majlis Pelancaran PPPM (2013-2025).


    Saturday, 7 September 2013

    Tahniah! SK Abang Aing.

    Salam.
    Semasa Program Kecemerlangan Prasekolah  untuk Peringkat Zon 2, Kontinjen SK Abang Aing yang mewakili Daerah Sri Aman telah menjuarai segmen Tarian Rampaian Tradisional. Pasukan tarian yang terdiri dari 5 orang kanak-kanak lelaki dan 5 orang kanak-kanak perempuan telah berjaya mengalahkan 7 pasukan dari daerah-daerah di dalam Zon 2. 



    Pasukan Tarian Rampaian Tradisional, SK Abang Aing.
    Program Kecemerlangan Prasekolah Peingkat Zon 2 tahun ini telah dilangsungkan di Betong. Acara tahunan yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dari 7 daerah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Betong pada 4 September 2013. Beberapa acara telah dipertandingkan termasuk Bijak Prasekolah (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Action Song, Nyanyian Solo dan Tarian Rampaian Tradisional.

    Majlis Penyampaian Hadiah.
    Program Kecemerlangan Prasekolah untuk Zon 2 disertai oleh wakil-wakil dari daerah Sri Aman, Lubok Antu, Saratok, Betong, Sarikei, Meradong dan Julau telah diwakili. Beberapa venue telah disediakan untuk dilaksanakan aktiviti pertandingan. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Betong.

    Juara Tarian Rampaian Tradisional
    Pasukan Tarian Rampaian Tradisional bersama jurulatih dan guru.

    Wednesday, 4 September 2013

    Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013

    Salam.
    Kalau diikutkan bilangan hari, hanya berbaki 6 hari lagi sebelum tibanya hari peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013. 10 September hingga 12 September telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk di langsungkan peperiksaan UPSR 2013.Seperti pada tahun-tahun yang lalu semua murid yang berada atau belajar dalam Tahun 6 akan menduduki peperiksaan ini secara serentak seluruh negara. Berikut dipaparkan Jadual Waktu peperiksaan tersebut,


    Jadual Waktu Hari Pertama.

    Jadual Waktu Hari Kedua.

    Jadual Waktu Hari Ketiga.
    Makumat lanjut berkaitan dengan dengan Arahan Am dan Arahan Khas kepada pentadbir sekolah, pengawas dan calon-calon UPSR, sila klik Arahan Am dan Arahan Khas UPSR 2013 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

    Selamat berjaya.