Salam.
Semasa Program Kecemerlangan Prasekolah untuk Peringkat Zon 2, Kontinjen SK Abang Aing yang mewakili Daerah Sri Aman telah menjuarai segmen Tarian Rampaian Tradisional. Pasukan tarian yang terdiri dari 5 orang kanak-kanak lelaki dan 5 orang kanak-kanak perempuan telah berjaya mengalahkan 7 pasukan dari daerah-daerah di dalam Zon 2.
Program Kecemerlangan Prasekolah Peingkat Zon 2 tahun ini telah dilangsungkan di Betong. Acara tahunan yang melibatkan kanak-kanak prasekolah dari 7 daerah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Betong pada 4 September 2013. Beberapa acara telah dipertandingkan termasuk Bijak Prasekolah (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Action Song, Nyanyian Solo dan Tarian Rampaian Tradisional.
Pasukan Tarian Rampaian Tradisional, SK Abang Aing.
|
Program Kecemerlangan Prasekolah untuk Zon 2 disertai oleh wakil-wakil dari daerah Sri Aman, Lubok Antu, Saratok, Betong, Sarikei, Meradong dan Julau telah diwakili. Beberapa venue telah disediakan untuk dilaksanakan aktiviti pertandingan. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Betong.
Semoga kejuaraan ini menjadi pencetus semangat untuk ke pertandingan peringkat negeri di RH Hotel Sibu pada 9hb nanti..
ReplyDeleteSemoga kejuaraan ini menjadi pencetus semangat untuk ke pertandingan peringkat negeri di RH Hotel Sibu pada 9hb nanti..
ReplyDeleteKejayaan di RH Hotel Sibu nanti menjadi impian semua warga SK Abang Aing.
Delete