Salam.
Modal insan berpendidikan merupakan salah satu unsur terpenting bagi negara berpendapatan
tinggi, dan inilah sebabnya mengapa pendidikan kekal merupakan komponen yang
penting dalam Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP 2.0). Matlamat dalam NKRA Pendidikan adalah besar dan bercita-cita
tinggi, iaitu untuk memperbaiki sistem pendidikan negara dalam jangka masa yang
secara relatifnya pendek untuk membawa pelajar kita lebih hampir dengan
standard antarabangsa. Kerajaan, menerusi Kementerian Pelajaran, sudah pun memulakan
sebuah proses transformasi selama 13 tahun melalui
Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan Inisiatif di bawah GTP 2.0 merupakan gelombang
pertama bagi transformasi tersebut. Tidak seperti Rangka Tindakan, inisiatif
GTP direka bentuk untuk menangani matlamat segera jangka pendek. Sepanjang tiga
tahun yang akan datang ini, inisiatif GTP 2.0 akan meneruskan usaha murni yang telah dimulakan oleh GTP 1.0,
dan sekali lagi akan berasaskan 3 aspirasi berikut:
- Aspirasi 1 : Enrolmen Universal
- Aspirasi 2 : Meningkatkan kualiti pendidikan
- Aspirasi 3 : Merapatkan jurang perbezaan
Inisiatif
GTP 2.0 akan menyaksikan pelaksanaan inisiatif sedia ada dalam GTP 1.0 dan
inisiatif baharu, dan kesemuanya dirangkumi di bawah tujuh aliran kerja:
- Prasekolah
dan penjagaan awal kanak-kanak.
Enrolmen dalam prasekolah kekal merupakan
fokus NKRA. Inisiatif ini akan diperlengkapkan selanjutnya dengan penetapan
standard yang memfokuskan penetapan standard kualiti bagi prasekolah awam dan
swasta.
Program
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) menikmati kejayaan yang cemerlang dalam
GTP 1.0, dan akan dipertingkatkan selanjutnya dalam GTP 2.0 untuk menyediakan pemantauan
dan sokongan pemulihan bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Inggeris.
- Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT)
GTP
1.0 mengakui keperluan untuk memberikan insentif kepada sekolah yang berada
dalam sistem pendidikan negara untuk mempertingkatkan prestasi, justeru
kerajaan melaksanakan SBT ke arah mencapai matlamat tersebut. SBT akan diteruskan
dalam GTP 2.0 dengan fokus terhadap usaha memastikan SBT mengekalkan standard
masing-masing.
- Program
Transformasi Daerah (District Transformation Programme, DTP)
DTP
terletak dalam Program Penambahbaikan Sekolah GTP 1.0 tetapi akan diperkenalkan
dengan fokus untuk mentransformasikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Berada di barisan
hadapan sistem pendidikan, PPD berada dalam kedudukan yang sesuai untuk
menyelaraskan perubahan pada peringkat sekolah, dan ia akan dipertingkatkan
dengan kuasa dan autoriti yang lebih besar untuk melaksanakan intervensi di sekolah
tempatan.
- Pakej
Kerjaya Pengetua dan Guru Besar
Pengetua dan Guru Besar akan diberi pakej kerjaya baharu yang memfokuskan pembangunan prestasi
profesion pengetua dan guru besar sementara pelan penggantian dan pelantikan pengetua dan guru besar akan
ditambah baik.
Profesion
perguruan juga akan menerima rangsangan dalam bentuk yang serupa dengan
memperkenalkan pakej kerjaya baharu selain instrumen penilaian baharu untuk
memastikan guru yang berprestasi tinggi memperoleh laluan yang pantas dari sudut
kerjaya.
- Program
Peningkatan Profesionalisme bagi Guru Bahasa Inggeris
Aliran
kerja ini bertujuan menghasilkan seorang guru mahir bahasa Inggeris dalam
setiap kelas di seluruh negara untuk menyediakan pelajar dengan lebih mantap
dalam menghadapi cabaran dan peluang pada masa hadapan mereka.