Salam
Bila kita membicara tentang Kajian Tindakan maka terlintas di fikiran kita nama-nama besar yang telah menyumbang kepada perkembangan Kajian Tindakan sehingga kini. Antaranya John Dewey, Kurt Lewin dan Steven Corey di samping beberapa nama yang akan disebut dalam entri yang akan datang.
Konsep Kajian Tindakan telah
dipelopori oleh John Dewey di Amerika Syarikat pada tahun 1920an, tetapi tidak
mendapat sambutan sehinggalah selepas perang dunia kedua. Sekitar tahun 1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial, bertindak menggunakan pendekatan Kajian Tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah hubungan dalam komuniti setempat, prasangka kaum dan pembangunan semula soaial akibat perang. Perkembangan
pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori
oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada
tahun 1953 apabila beliau menggunakan Kajian Tindakan sebagai pendekatan dalam
projek penyelidikan guru-guru di sekolah. Kajian Tindakan ketika itu telah
didefinisikan sebagai proses penyelidikan amalan kendiri bagi menyelesaikan
masalah dalaman guru.
Jadi apakah definisi Kajian Tindakan dalam amalan di sekolah? Merupakan satu usaha di bilik darjah yang
bersifat cuba jaya dan berterusan. Usaha sama (Pentadbir sekolah, guru atau
pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha
mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha
ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan
kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisme dalam profession keguruan.
Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk tentang Kajian Tindakan:
- Kemmis & McTaggart (1988)
- Ebbut (1985)
Kajian Tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
- McNiff (1988)
Kajian Tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
- Somekh (1989)
Kajian Tindakan ialah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
- Cochran-Smith dan Lytle (1990)
- Kember dan Gow (1992)
Walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang istilah serta isu-isu dalam Kajian Tindakan, namun kebanyakannya bersetuju bahawa Kajian Tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan di sesebuah organisasi atau komuniti. Ia merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan sistematik oleh individu atau kumpulan. Kesimpulannya, Kajian Tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri.
No comments:
Post a Comment