Sila klik

Saturday, 20 December 2014

Khasiat Kopi Untuk Wanita

Kedai Kopi, Kopi Thiam,

Seperti yang dijanjikan, posting kali ini adalah lanjutan daripada posting yang terdahulu. Dalam posting yang terdahulu antara lain dibicarakan tentang asal-usul kopi dan jenis-jenis kopi yang tersohor di dunia. Nyata sekali sangkaan kita agak meleset sebelum ini yang menganggap negara kita sebagai salah sebuah kawasan pengeluar kopi dunia. Daripada 10 pengeluar kopi dunia, Malaysia tidak disenaraikan malah kita banyak mengimport kopi dari Indonesia.  Negara yang tersenarai sebagai gergasi kopi dunia ialah Brazil, Vietnam, Columbia dan diikuti oleh Indonesia.

Ternyata pengaruh kopi dalam kehidupan seharian kita agak hebat. Lihat sajalah apabila kita mengunjungi ke rumah rakan, pasti akan dihidangkan dengan kopi. Ataupun teliti saja, kedai-kedai menjual minuman walaupun bukan hanya kopi yang dijual tetap saja dinamakan kedai kopi. Walhal di sana dijual air teh, minuman berkarbonat, minuman cokelat atau waima minuman terlarang sekalipun. Atau amati saja pada setiap pagi dan petang, kedai kopi dijadikan tempat mengadakan temujanji, tempat lepak dan tempat bersantai bagi orang lelaki terutama ahli-ahli Kelab Pesara.



Disebabkan kopi sebagai salah satu minuman yang popular di Malaysia, maka ramailah yang ingin mengaut keuntungan dari kopi. Berbagai jenama kopi dengan pelbagai perisa telah diperkenalkan. Kononnya mempunyai khasiat yang luar biasa. Sebut saja Kopi Tongkat Ali, Kopi Ginseng, Kopi Kacip Fatimah, Kopi Kalogen, Kopi Herba malah di sempadan terkenal dengan Kopi Pangku (tanya kepada yang suka pergi ke Serikin atau ke Badau - batas sempadan antara Indonesia dan Sarawak).
Tongkat Ali, Ginseng, Kacip Fatimah, Kalogen, Herba



Dari segi kesihatan, banyak kajian saintifik telah dijalankan dan ditemui kopi memberi banyak manfaat kepada kita, antaranya:

  1. Melindungi jantung dan mencegah strok.
  2. Mengurangkan risiko diabetes
  3. Menjaga kesihatan hati
  4. Meningkatkan kecerdasan otak
  5. Membantu melegakan sakit kepala.
  6. Membantu proses pemecahan lemak
  7. Menguatkan daya tahan (sistem immune)
  8. Mencegah kanser kulit
Gambar hiasan

Wanita di luar sana jangan was-was untuk meminum kopi kerana terdapat juga manfaat untuk kecantikan. Antaranya:

  1. Meneutralkan iritasi kulit 
  2. Memberi nutrien kepada kulit
  3. Menghilangkan bekas jerawat dan jeragat.
  4. Memperbaiki sel kulit tang rosak.
  5. Menghilang bau badan
Buktinya terdapat masker dan scrub yang dihasilkan dari serbuk kopi, malah di pusat rawatan kulit atau SPA komponen dari kopi memang lumrah digunakan. Fikirkan dan ubahlah persepsi tentang kopi.


4 comments:

  1. ya..spa skrg pn gunakan kopi buat scrub

    ReplyDelete
  2. Saya minum kopi supaya senang membuang. Kaki pun kurang water retention ketika mengandung.

    ReplyDelete