Sila klik

Tuesday, 10 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 2

Salam.
Lanjutan dari entri yang lepas, saya mulakannya dengan 2 ungkapan tentang teh:

"If man has no tea in him, he is incapable of understanding truth and beauty".
   - Japanese Proverb

"Tea is drunk to forget the din of the world".
   - Tien Yiheng

10 jenis teh yang anda perlu tahu kebaikannya.


1. Teh Hijau
Kanser, Pembakaran Lemak, Menurun Kolesterol, Sistem Imunisasi, Tekanan Darah Tinggi,

Teh ini asalnya dari Tanah Besar Cina dan mulanya dibawa masuk ke negeri Jepun sehingga meluas ke seluruh dunia. Antara khasiat teh hijau adalah:
  • mampu melindungi payudara dari serangan kanser, bukan saja untuk wanita, lelaki pun boleh diserang kanser payudara
  • mengalakkan pembakaran lemak, yang nak langsing inilah jalan penyelesaiannya
  • menurun aras kolesterol dalam badan
  • meningkat sistem imunisasi badan, sesuai sangatlah untuk mereka yang sering demam
  • mengawal tekanan darah tinggi
  • membantu mengawal paras gula, tak payahlah minum teh ini dengan membubuh gula


2. Teh hitam

Arteri Tersumbat, Kanser,

Teh hitam paling umum di kalangan pengemar teh. Tidak seperti teh hijau yang kaya dengan antioksidan, antioksidan teh hitam hilang semasa proses pembuatannya. Antara kelebihan teh hitam termasuklah:
  • membantu mencegah arteri tersumbat, maksudnya mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
  • mencegah pertumbuhan kanser
  • membantu melembabkan kulit serta menseimbangkan kadar hormon , sekaligus mengurang stress
  • melemahkan keaktifan virus dan meneutralkan tindakan kuman

3. Teh kuning
Minuman istana, Menangkis radikal bebas
Teh jenis ini adalah teh hijau yang pramatang dalam cara pemprosesannya dengan pengeringan yang agak lambat. Semasa pemerintahan Maharaja Cina purba, teh kuning adalah minuman pihak istana dan jangan harap rakyat marhaen dapat menikmatinya. Tidak banyak penyelidikan dari segi saintifik yang diperolehi tetapi yang jelasnya kandungan antioksidannya menyamai teh hijau. Kelebihan teh kuning, ia mampu menangkis radikal bebas di dalam badan.

4. Teh putih

Minuman Maharaja, Kecantikan, Kehalusan Kulit, Peredaran Darah

Para penyelidik mendapati teh putih berasal dari tunas daun pertama.Teh putih tidak mengalami proses fementasi sementara  proses pengeringan dan pengewapan dilakukan dengan singkat. Hasil kajian ilmiah Roderick H. Dashwood, ahli biokimia dari Linus Paulin Institut membuktikan bahawa kandungan antioksidan nya lebih tinggi berbanding jenis teh yang lain. Oleh kerana penghasilannya agak terhad, teh putih dikategori sebagai teh yang termahal di dunia. Sering mendapat jolokan sebagai 'Minuman Maharaja' atau 'Minuman Syurga' oleh masyarakat Cina.

Antara khasiat teh putih yang agak ketara ialah;
  • kecantikan dan kehalusan kulit, bersediakan kaum Hawa untuk mencari teh ini
  • mencegah kanser
  • merangsang kolestrol baik dan menyingkir kolestrol jahat, sekaligus mencegah aliran darah tersumbat
  • tonik jantung yang paling baik, melindungi jantung dan keseluruhan peredaran darah
  • pembunuh bakteria dan virus
  • mengurangi stress dan meningkatkan energi (tenaga)

-  akan bersambung

Monday, 9 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 1

Teh, Berkhasiat, Herba, Ubat

Salam.
Anda penggemar teh? Atau penggemar kopi? Tentu lebih ramai yang memilih teh, kononnya kopi mengandungi kafein. Anda silap! Teh seperti juga kopi adalah minuman yang mengandungi kafein. Dalam keadaan tertentu teh mengandungi lebih kafein daripada kopi, bergantung kepada jenis teh dan masa merendam teh.

Berkafein, Teh, Sedap, Menyembuh Penyakit

Teh, sejenis minuman berkafein dihasilkan daripada pucuk pokok renek Camellia sinensis (klik untuk maklumat lanjut). Sejarah meminum teh telah dimulakan di Tanah Besar Cina lebih daripada 5000 tahun untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Seterusnya teh dibawa masuk ke Jepun dan terus diminati seluruh dunia. Banyak lagenda-lagenda tentang keistimewaan teh telah dicatat samada dari negeri Cina, Jepun ataupun India. Kewujudan seni meminum teh telah membuktikan bahawa minum teh telah assimilsikan dalam budaya sesetengah masyarakat dunia sehinggakan dicipta cawan khas untuk minum teh.

Berkhasiat, Sedap,



DI Malaysia, tidak kurang pula ketagihan bahana teh. Teh diminum dengan pelbagai cara mengikut citarasa peribadi. Sekali lagi penguasa, mengambil peluang peluang dari kerakusan meminum teh oleh masyarakat kita. Maka terciptalah berbagai jenama teh di pasaran yang diwar-warkan mempunyai khasiat yang tertentu.

Teh Misai Kucing

Teh Herba

Untuk posting yang akan datang, penulis akan memperincikan jenis-teh dan khasiatnya yang telah dibuktikan secara saintifik. 

Thursday, 7 November 2013

Sah. Keputusan UPSR 2013 diumumkan pada 14 November 2013.

Salam.
Seperti yang diuar-uar sebelum ini, baca di sini tarikh rasmi untuk pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan dibuat dalam minggu ke 3 bulan November. Sehingga awal hari ini, tarikh sebenar masih menjadi teka-teki, sehinggalah pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti yang dipetik oleh mStar Online hari ini.
"Double click" untuk imej yang lebih jelas.
Berita Harian online, juga melaporkan perkara yang sama berdasarkan kepada pekeliling kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri. 


"Double click" untuk imej yang lebih jelas.
Ada 2 kaedah, 478,848 calon UPSR 2013 mendapatkan keputusan mereka:

  1. Datang sendiri ke sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi pada hari tersebut
  2. Melalui khidmat pesanan ringkas mySMS ke 15888.



Wednesday, 23 October 2013

PELAKSANAAN UJIAN KOMPETENSI ICT KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Salam.
Pelaksanaan ujian kompetensi ICT kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan (guru dan pentadbir sekolah) telah dilaksanakan bermula September hingga November 2013 secara berfasa (untuk mengelakkan kesesakan sistem). Ini merupakan salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. - baca sini dan sini atau sini


Matlamat utama ujian kompetensi ICT ini bertujuan mengumpul data yang boleh membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang dan melaksana program latihan yang tepat berdasarkan tahap digital literasi guru dan pentadbir sekolah. Oleh itu, guru dan pentadbir haruslah menjawab ujian ini dengan penuh nilai integriti dan professional untuk memastikan data hasil dari ujian ini adalah tepat untuk digunakan oleh pihak KPM.

Untuk guru-guru dan pentadbir sekolah di Sarawak, Sabah, Labuan dan Selangor,  ujian ini dibuka secara dalam talian pada hari ini - 23 Oktober 2013 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir tengah malam pada 31 Oktober 2013 (Khamis). Ujian yang mengandungi 30 soalan dan mesti dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit, boleh diakses 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. 

Sila Klik Untuk Memulakan Ujian

Berikut adalah panduan menjawab ujian kompetensi ICT dalam talian:
  • Terdapat 30 soalan berbentuk objektif yang perlu dijawab kesdemuanya dalam tempoh 40 minit. menggunakan berbagai peranti.
  • Klik "log masuk" di laman Sistem Analisis Kompetensi ICT

Klik untuk imej yang lebih jelas.

  • Calon diminta memasukkan kad pengenalan untuk masuk ke ruang dashboard ujian.

Klik untuk image yang lebih jelas 

Klik untuk image yang lebih jelas
  • Klik butang MULA untuk mula menjawab soalan.

Klik untuk image yang lebih jelas


  • Klik pada ruang jawapan yang dipilih dan klik butang SETERUSNYA untuk ke soalan yang berikutnya.

Klik untuk image yang lebih jelas
    • Untuk perhatian, setiap soalan mesti dijawab sebelum bolehj bergerak ke soalan yang berikutnya.
    • Sekiranya kesemua 30 soalan telah dijawab ataupun masa menjawab telah tamat, satu paparan akan keluar menyatakan ujian tersebut telah tamat. Klik butang LOG KELUAR untuk keluar dari sistem ujian kompetensi tersbut.

    Sila Klik Untuk Memulakan Ujian


    Selamat berujian.

    Monday, 9 September 2013

    25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


    Salam.
    Berikut disenaraikan 17 inisiatif utama beserta 8 inisiatif tambahan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 untuk perkongsian kita bersama.
    17 inisiatif utama
      1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
      2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
      3. Peningkatan kemahiran guru dalam (Trends in International Mathematics and Science Study)TIMMS  dan  PISA (The Programme for International Student Assessment Tests).
      4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
      5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
      6. Piagam Guru (Teacher Charter) termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
      7. Pelaksanaan pelan induk Continuing Professional Development (CPD) baharu
      8. Piagam Pemimpin Sekolah (Principal Charter) termasuk National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
      9. Program Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP+ dan SISC+) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
      10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
      11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas
      12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
      13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
      14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
      15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
      16. Pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
      17. Perombakan dan penjenamaan semula Program RIMUP

    8 inisiatif tambahan

      1. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
      2. Pelaksanaan HOTS (High Order Thinking Skills) dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
      3. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
      4. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
      5. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
      6. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
      7. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
      8. Naik taraf infrastruktur asas bagi memenuhi standard (cth : elektrik, air, bilik darjah, tandas)