Salam.
Sebenarnya lama dah berhajat nak tulis tentang entri di atas. Akibat kesibukan, ianya sentiasa berada dalam status 'draf'. Pada mulanya tajuk entri "Status Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara", tak manis dibaca dan siapalah kita nak hentam sistem pendidikan negara sendiri. Walau apa-apapun, yang pentingnya maklumat dalam entri ini dapat dikongsi bersama.
Laporan terkini PISA |
Pencapaian
Pelajar Malaysia lebih tinggi dalam
matematik tetapi menurun dalam keupayaan membaca dan kemahiran sains, merujuk
kepada laporan Programme for International Student Assessment (PISA) yang telah
dikeluarkan awal Disember tahun lepas. Keputusan laporan tersebut menunjukkan Malaysia menduduki tangga
kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai
penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang
berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut
serta dalam penilaian ini. PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan
di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic
Corporation and Development) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan
negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar
dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA telah menjadi piawaian
antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem
pendidikan sekolah di dunia.
Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding
negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang telah diumumkan:
NEGARA
|
MATEMATIK
|
SAINS
|
MEMBACA
|
Singapura
|
573
|
551
|
542
|
Vietnam
|
511
|
528
|
508
|
Thailand
|
427
|
4414
|
441
|
Malaysia
|
421
|
420
|
398
|
Indonesia
|
375
|
382
|
396
|
Laporan PISA
merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan
antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang
melibatkan 510,000 pelajar berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh
dunia.
Dalam edisi
terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan
Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang
dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi pelajar kita adalah lebih rendah berbanding
dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand
(ke-53).
Walaupun pelajar Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun
peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di
bawah paras 494, iaitu skor purata bagi negara-negara OECD.
- Transformasi Kurikulum (KSSR & KSSM)
- Program i-THINK
- Kajian Susulan
- Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
- Task Force PISA dan TIMSS
No comments:
Post a Comment