Sila klik

Tuesday 12 March 2013

Program Mentor Mentee Pencetus Kecemerlangan Akademik SK Abang Aing





Salam.
Sekali lagi untuk siri yang ke 4, Program Mentor Mentee SK Abang Aing, Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya. Majlis penyerahan mentee oleh ibubapa murid kepada mentor telah dilangsungkan di Dewan Suarah, Sri Aman sempena dengan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2013. Majlis yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dihadiri oleh 40 orang mentee (murid-murid), 45 orang guru dan 40 orang ibubapa.

Pendaftaran ibubapa dan murid-murid.

Majlis dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan sesi pendaftaran murid-murid dan ibubapa. Dalam ucapan Tuan Guru Besar, beliau menegaskan Program Mentor Mentee lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik, akhlak dan sahsiah para mentee. Menurut beliau, seramai 40 orang mentee yang terdiri daripada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang 5A telah dipilih untuk tahun ini. Beliau turut merakam berbanyak-banyak terima kasih kepada Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) di bawah pimpinan SAO Encik Zaidi bin Sharkawi kerana menjadi tulang belakang sekolah dalam menyediakan dana untuk membiayai program seperti itu. Yang Dipertua PIBG, SAO Encik Zaidi bin Sharkawi  turut hadir dalam majlis tersebut.

Kehadiran YDP PIBG, memberi dorongan kepada guru-guiru untuk lebih gigih.

Majlis diteruskan dengan penyerahan mentee oleh ibubapa kepada guru-guru selaku mentor. Melalui program ini, murid-murid sebagai mentee akan dibimbing oleh guru sebagai mentor. Perjumpaan antara mentor dan mentee akan dilakukan sekerap yang mungkin. Mentor berperanan sebagai 'motivator', 'coach' dan pencetus semangat ingin maju kepada mentee.

Penyerahan mentee kepada mentor

Lagi penyerahan mentee oleh ibubapa.

Ibubapa yang hadir telah mengambil kesempatan untuk bertanya kepada pihak sekolah mengenai perkembangan pelajaran terkini anak-anak mereka. Di akhir majlis, kedua-dua pihak ibubapa dan guru telah beramah mesra untuk mengeratkan silatulrahim sambil menikmati minum petang yang disediakan.

Ibubapa dan guru beramah mesra sambil menikmati minum petang.

No comments:

Post a Comment