Sila klik

Friday, 13 December 2013

A CUP OF COFFEE A DAY WILL KEEP THE DOCTOR AWAY

Anti Oksidan, Migran, Sperma, Universiti Vanberblit,
Secawan kopi boleh mententeramkan jiwa.
Salam.
Agak pelik tajuk entri kali ini. Apa tidaknya, kopi selalu dikaitkan dengan migrain dan lain-lain tanggapan negatif dari sudut kesihatan. Kafein yang terkandung di dalam kopi sering dianggap sebagai 'racun'. Kali ini saya mengajak pembaca membuang tanggapan negatif mengenai kopi. Baca selanjutnya ........
Lupakanlah bahawa kopi boleh menyebabkan kita tidak dapat tidur pada waktu malam. Menurut Professor Peter Martin, pengarah Institut Kajian Kopi di Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, kopi berpotensi memberi kebaikan kesihatan kepada manusia. Menurut beliau lagi, kafein dalam kopi merangsang sistem saraf dan telah lama digunakan sebagai ubat melegakan kesakitan, mengawal selera makan, penghindar rasa mengantuk dan sebagai rawatan untuk demam dan semput. Hasil kajian yang dilakukan di institut tersebut menunjukkan kopi kaya dengan antioksidan - bahan yang dapat melawan berbagai penyakit. Manakala Dr Euan Paul, pengarah saintifik Pusat Maklumat Sains Kopi merumuskan bahawa kopi boleh mengurangkan risiko kematian akibat sakit jantung. Kajian yang telah dilakukan di Universiti Sao Paulo, Brazil membuktikan bahawa lelaki mengambil lebih 6 cawan kopi sehari memiliki sperma yang subur dan aktif berbanding dengan lelaki yang kurang mengambil kopi. Juga, hasil kajian seorang professor di Havard School of Public Health mendapati, meminum kopi mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki - sila baca di sini. Ayuh lelaki di luar sana, kita ramai-ramai minum kopi.

Mesir, Yaman, Ethopia, Turki, Mesir,
Biji-biji kopi mengandungi pelbagai khasiat pemakanan.

Sejarah kopi dapat dikesan seawal abad ke 9, dari dataran tinggi Ethopia dan terus tersebar ke Mesir dan Yaman dan kemudian pada abad ke 15 menjangkau hingga ke Turki dan Afrika utara. Pada mulanya kopi kurang diterima masyarakat pada waktu itu kerana kesan sampingan sehinggakan penggunaannya dilarang dalam majlis keagamaan. Sehingga pada tahun 1524 dan 1532 masing-masing di Turki dan Mesir kedai dan gudang kopi diarah tutup. Pada abad ke 17, kopi mula tersebar ke benua Eropah. Orang Belanda adalah yang pertama kali mengimport dalam sekala yang agak besar. Pada masa itu biji kopi mentah tidak dibenar keluar dari tanah Arab tetapi pihak Belanda pada tahun 1690 telah menyeludup bijinya dan kemudiannya memulakan penanaman kopi di Jawa. Patutlah, Indonesia lebih popular dari negara kita dalam bab kopi.

Robusta, Arabica, Moca, Kopi Luwak
Pemprosesen biji kopi secara tradisional.

Terdapat dua spesis kopi. Arabica merupakan kopi tradisional dan dianggap paling enak rasanya. Manakala Robusta mengandungi kafein yang lebih tinggi dan berharga lebih murah. Disebabkan rasa Robusta yang agak masam dan pahit, ia dinikmati bersama krim atau susu. Sudah tentu kopi Arabica dan kopi Robusta mempunyai sub-variati yang berlainan. Misalnya, untuk kopi Arabica terdiri daripada kopi Moca dan kopi Jawa. Terdapat juga variasi kopi Robusta yang agak mahal dari Indonesia iaitu Kopi Luwak. Untuk pengetahuan semua, kopi luwak ialah kopi yang diambil dari najis binatang luwak (sejenis musang) dan merupakan kopi paling enak dan mahal di dunia. Jaga-jaga, kehalalannya masing diragui.

Jenis-jenis kopi dikategori mengikut tempat dan kaedah penanaman, bukan kaedah asas saintifik. Jenis-jenis kopi yang tersohor dunia sentiasa menjadi buruan pengemar kopi, antaranya adalah:
  1. Kopi Yirgacheffe Ethopia
  2. Kopi Peaberry Tanzania
  3. Kopi Lintong Sumatra
  4. Kopi Kona Hawai
  5. Kopi Blue Mountain Jamaica
Untuk posting yang seterusnya akan dibicarakan tentang manfaat-manfaat kopi untuk kecantikan dan isu-isu lain berkaitan dengan kopi.
-"A cup of coffee a day will keep the doctor away."

Thursday, 12 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 4

Salam.
Kita teruskan perbincangan tentang khasiat teh yang telah diketengahkan dalam 3 posting yang terdahulu. Nyata sekali, teh telah diiktiraf secara klinikal menyumbang kebaikan yang tidak terbatas dalam dunia kesihatan dan perubatan. Walaupun dalam siri perbincangan ini dinyatakan 10 jenis teh dan kebaikannya, namun di luar sana ada lebih dari yang dibincangkan.

8. Teh Pu-erh
Minuman Eksotik, Daerah Yunan, Saluran Pencernaan, Supplemen, Vitamin

Pada suatu ketika dulu, teh ini sangat eksotik di negeri Cina, namun sekarang telah dikenali seluruh dunia. Pu-erh adalah teh hijau yang dibiarkan matang secara perlahan-lahan menggunakan kulat. Ianya disimpan selama 1,2 atau sehingga 30 tahun. Teh pu-erh yang asli dihasilkan di daerah Yunan. Teh ini selalunya dalam pelbagai bentuk seperti blok segiempat atau bulat. Merupakan teh yang paling mahal di dunia. Antara khasiat yang didapati meminum teh pu-erh secara konsisten adalah:
  • membantu saluran pencernaan
  • pilihan alternatif untuk supplemen dan vitamin
  • membantu sistem penghadaman dan peredaran darah


9. Teh Genmaicha
Beraroma Harum

Sangat popular di Jepun. Teh yang beraroma harum ini diminum tanpa gula. Teh ini dibuat menggunakan teh hijau dan butiran beras yang dipanggang. Sangat sesuai diminum pada siang hari.

Khasiat yang didatangi oleh teh genmaicha termasuklah, mencegah terjadi risiko komplikasi diabetes. Ia juga mencegah tekanan darah  tinggi yang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan gangguan penglihatan.

10. Teh Merah Bunga Rosell

Meningkat Stamina, Neutral Racun, Batuk, Migran, Langsing

Bunga rosell yang telah dikeringkan dijadikan teh. Mengandungi kadar yang tinggi untuk vitamin C, D, B1 dan B2. Teh rosell juga menganduni kalsium, magnesium, Omega 3, vitamin A, zat besi, potassium dan beta karotena yang tidak kurang tingginya.

Antara khasiat teh merah bunga rosella termasuklah:
  • meningkatkan stamina dan daya tahan badan
  • meneutral racun di dalam badan
  • menurunkan tekanan darah
  • mengatasi batuk
  • membantu mengurangkan migran
  • menghalus dan melicinkan kulit
  • melangsingkan badan


Mungkin dalam posting yang akan datang akan dihuraikan jenis-jenis teh yang luar biasa yang perlu kita tahu. Jenis-jenis teh tersebut agak payah dan jarang ditemui dalam negara kita. Ia hanya didapati di setengah-setengah negara pengeluar teh.

Wednesday, 11 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 3

Salam.
Dalam posting yang lepas, 4 jenis teh dan khasiatnya kepada kesihatan manusia telah diketengahkan. Kali ini, pendedahan dan kupasan akan dibuat untuk 3 lagi jenis teh dan khasiat yang terkandung dalam secangkir teh.

Teh, Kesihatan, Penyakit Kanser, Anti Oksidan

5. Teh Oolong
Mencegah gigi berlubang, Mendorong Metabolisme, Membakar Lemak, Mengawal Kadar Kolestrol
Nama Oolong diambil nama seorang pemuda Cina, Wu Long atau Oolong. Wu Long menemukan teh oolong secara tidak sengaja ketika daun teh yang dipetiknya ditinggalkan kerana mengejar seekor kijang. Ketika kembali, beliau mendapat teh yang ditinggalkan telah terfermentasi. Setengah, pengkaji teh menyebut teh ini sabagi teh semi fermentasi.

Teh oolong telah dikenalpasti mempunyai berbagai menafaat atau khasiat kesihatan untuk pengemarnya. Antara khasiatnya termasuklah:
  • mencegah gigi berlubang
  • mendorong metabolisme tubuh membakar lemak
  • menjaga kesihatan kulit
  • mengawal kadar kolestrol


6. Teh Rooibos

Bebas Kafein, Rendah Tanin, Kaya Anti Oksidan,

Satu keunikan, teh rooibos bebas kafein. Rendah tanin dan kaya dengan antioksidan. Teh ini berasal dari Pergunungan Cedarberg, 250km ke utara Cape Town di Afrika Selatan. Kesan terapeutiknya yang tinggi telah diiktiraf semua lapisan masyarakat tempatan. Rasanya yang unik dan kaya dengan aroma menyebabkan kajian yang mendalam secara klinikal telah dijalankan. Hasilnya beberapa khasiat telah ditemui, berbanding dengan jenis-jenis teh yang lain. Antaranya:
  • membantu menambah cecair yang hilang dalam badan, amat sesuai mereka yang terkena diarrhea atau cirit-birit
  • oleh kerana ia bebas kafein, sesuai untuk wanita hamil atau mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, insomnia atau masalah sistem saraf
  • membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • baik untuk bayi yang bermasalah kembung perut dan ruam lampin


7. Teh Kukicha

Penenang Fikiran, Diet Makrobotik, Jepun

Menurut wikipedia bebas kukicha (bahasa Jepun), adalah campuran teh hijau Jepun yang dihasilkan dari dahan, ranting, batang dan kayu teh. Juga disebut sebagai teh musim sejuk, popular sebagai makanan kesihatan di Jepun.

Oleh kerana teh ini berkualiti rendah, tidak banyak khasiat yang diperkatakan  tentang teh ini, cuma yang pasti ia mengandungi antioksidan dan sebagai penenang fikiran. Ia juga dipercayai sebagai bahan untuk diet makrobiotik.

- bersambung




Tuesday, 10 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 2

Salam.
Lanjutan dari entri yang lepas, saya mulakannya dengan 2 ungkapan tentang teh:

"If man has no tea in him, he is incapable of understanding truth and beauty".
   - Japanese Proverb

"Tea is drunk to forget the din of the world".
   - Tien Yiheng

10 jenis teh yang anda perlu tahu kebaikannya.


1. Teh Hijau
Kanser, Pembakaran Lemak, Menurun Kolesterol, Sistem Imunisasi, Tekanan Darah Tinggi,

Teh ini asalnya dari Tanah Besar Cina dan mulanya dibawa masuk ke negeri Jepun sehingga meluas ke seluruh dunia. Antara khasiat teh hijau adalah:
  • mampu melindungi payudara dari serangan kanser, bukan saja untuk wanita, lelaki pun boleh diserang kanser payudara
  • mengalakkan pembakaran lemak, yang nak langsing inilah jalan penyelesaiannya
  • menurun aras kolesterol dalam badan
  • meningkat sistem imunisasi badan, sesuai sangatlah untuk mereka yang sering demam
  • mengawal tekanan darah tinggi
  • membantu mengawal paras gula, tak payahlah minum teh ini dengan membubuh gula


2. Teh hitam

Arteri Tersumbat, Kanser,

Teh hitam paling umum di kalangan pengemar teh. Tidak seperti teh hijau yang kaya dengan antioksidan, antioksidan teh hitam hilang semasa proses pembuatannya. Antara kelebihan teh hitam termasuklah:
  • membantu mencegah arteri tersumbat, maksudnya mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
  • mencegah pertumbuhan kanser
  • membantu melembabkan kulit serta menseimbangkan kadar hormon , sekaligus mengurang stress
  • melemahkan keaktifan virus dan meneutralkan tindakan kuman

3. Teh kuning
Minuman istana, Menangkis radikal bebas
Teh jenis ini adalah teh hijau yang pramatang dalam cara pemprosesannya dengan pengeringan yang agak lambat. Semasa pemerintahan Maharaja Cina purba, teh kuning adalah minuman pihak istana dan jangan harap rakyat marhaen dapat menikmatinya. Tidak banyak penyelidikan dari segi saintifik yang diperolehi tetapi yang jelasnya kandungan antioksidannya menyamai teh hijau. Kelebihan teh kuning, ia mampu menangkis radikal bebas di dalam badan.

4. Teh putih

Minuman Maharaja, Kecantikan, Kehalusan Kulit, Peredaran Darah

Para penyelidik mendapati teh putih berasal dari tunas daun pertama.Teh putih tidak mengalami proses fementasi sementara  proses pengeringan dan pengewapan dilakukan dengan singkat. Hasil kajian ilmiah Roderick H. Dashwood, ahli biokimia dari Linus Paulin Institut membuktikan bahawa kandungan antioksidan nya lebih tinggi berbanding jenis teh yang lain. Oleh kerana penghasilannya agak terhad, teh putih dikategori sebagai teh yang termahal di dunia. Sering mendapat jolokan sebagai 'Minuman Maharaja' atau 'Minuman Syurga' oleh masyarakat Cina.

Antara khasiat teh putih yang agak ketara ialah;
  • kecantikan dan kehalusan kulit, bersediakan kaum Hawa untuk mencari teh ini
  • mencegah kanser
  • merangsang kolestrol baik dan menyingkir kolestrol jahat, sekaligus mencegah aliran darah tersumbat
  • tonik jantung yang paling baik, melindungi jantung dan keseluruhan peredaran darah
  • pembunuh bakteria dan virus
  • mengurangi stress dan meningkatkan energi (tenaga)

-  akan bersambung

Monday, 9 December 2013

Secangkir Teh - Bahagian 1

Teh, Berkhasiat, Herba, Ubat

Salam.
Anda penggemar teh? Atau penggemar kopi? Tentu lebih ramai yang memilih teh, kononnya kopi mengandungi kafein. Anda silap! Teh seperti juga kopi adalah minuman yang mengandungi kafein. Dalam keadaan tertentu teh mengandungi lebih kafein daripada kopi, bergantung kepada jenis teh dan masa merendam teh.

Berkafein, Teh, Sedap, Menyembuh Penyakit

Teh, sejenis minuman berkafein dihasilkan daripada pucuk pokok renek Camellia sinensis (klik untuk maklumat lanjut). Sejarah meminum teh telah dimulakan di Tanah Besar Cina lebih daripada 5000 tahun untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Seterusnya teh dibawa masuk ke Jepun dan terus diminati seluruh dunia. Banyak lagenda-lagenda tentang keistimewaan teh telah dicatat samada dari negeri Cina, Jepun ataupun India. Kewujudan seni meminum teh telah membuktikan bahawa minum teh telah assimilsikan dalam budaya sesetengah masyarakat dunia sehinggakan dicipta cawan khas untuk minum teh.

Berkhasiat, Sedap,



DI Malaysia, tidak kurang pula ketagihan bahana teh. Teh diminum dengan pelbagai cara mengikut citarasa peribadi. Sekali lagi penguasa, mengambil peluang peluang dari kerakusan meminum teh oleh masyarakat kita. Maka terciptalah berbagai jenama teh di pasaran yang diwar-warkan mempunyai khasiat yang tertentu.

Teh Misai Kucing

Teh Herba

Untuk posting yang akan datang, penulis akan memperincikan jenis-teh dan khasiatnya yang telah dibuktikan secara saintifik.