Sila klik

Tuesday 17 February 2015

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Salam.
Pada prinsipnya, setiap Kajian Tindakan akan melibatkan 2 perkara pokok iaitu menyelidik dan bertindak. Kedua-dua perkara pokok ini kemudiannya dilanjutkan dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan penyelidik Kajian Tindakan. Untuk entri kali ini, akan diperkenalkan empat (4) model Kajian Tindakan.

1. Model Lewin (1946)
Menurut Lewin (1946), Kajian Tindakan memperlihatkan berupa satu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Satu kitaran Kajian Tindakan mempunyai empat (4) langkah:
  • merancang (planning)
  • bertindak (act)
  • memerhati (observing)
  • mereflek (reflecting)
Kitaran ini akan berterusan kepada kitaran yang selanjutnya yang melibatkan merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.  Sila rujuk Rajah I.

Rajah I
2. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)
Kemmis dan Mc Taggart (1988) menjelaskan bagi sesetengah kumpulan yang telah merancang Kajian Tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah II.
Rajah II
3. Model Somekh (1989)
Model Kajian Tindakan Somekh (1989) lebatkan lapan fasa iaitu:
  • mengenalpasti masalah / fokus kajian
  • mengumpul data
  • menganalisis data dan membentuk hipotesis
  • merancang pelan tindakan
  • melaksanakan pelan tindakan
  • mengumpul data untuk mengesan perubahan
  • menganalisis dan menilai
  • mengenalpasti fokus penyelidikan yang baru
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini di mana setiap langkah diperjelaskan secara lebih terperinci bermula daripada yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terprinci. Namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci seperti pada Rajah III.

Rajah III
4. Model CRASP Zuber - Skerritt (1991)
Model Zuber - Skerritt (1991) menggariskan 5 ciri yang menjadi paksi utama kepada Kajian Tindakan iaitu:


1.         Critical collaboration enquiry by
2.      Reflective practitioners who are
3.      Accountable in making the results of their
         enquiry public,
4.      Self-evaluative in their practice, and
         engage in
5.      Participative problem solving and
         continuing professional development 
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama Kajian Tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses Kajian Tindakan. Kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan Kajian Tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai Kajian Tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap data yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

Sebagai bacaan tambahan, berikut adalah entri lain yang berkaitan: