Sila klik

Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya Idul Fitri




Salam.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan dan pengunjung blog ini. Dengan kesempatan yang terbatas ini, semasa kita memperbanyakkan amal sepanjang Ramadhan dan sekarang sibuk menyambut kedatangan Syawal saya mengambil kesempatan merakamkan terima kasih kerana sudi berkunjung dan kepada rakan blogger yang memberi sokongan. Jutaan kemaafan dipohon, sekiranya idea yang diluahkan menerusi blog ini mungkin menyinggung hati dan perasaan. Tidak terniat walau sekelumit pun, sebaliknya saya hanya mahu menyampaikan pandangan dan idea sejujur yang mungkin.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana sokongan anda.