Sila klik

Tuesday 4 June 2013

Seronoknya Bercuti Di Sematan

Sematan - kami datang ke pesadamu
Salam.
Lanjutan daripada keseronokan percutian keluarga di Teluk Bandung, Santubong pada pertengahan Disember yang lepas (baca di sini), tergerak pula hendak membawa keluarga bercuti di pantai Sematan - sebuah perkampungan nelayan dalam daerah Lundu, 120km dari Bandaraya Kuching. Sempena dengan cuti sekolah dan cuti umum Gawai Dayak di Sarawak, resort atau hotel agak sukar ditempah. Mujurlah melalui seorang kenalan yang rapat, hajat untuk bercuti di pantai Sematan kesampaian juga.

Ambil kesempatan bergambar sebelum 'check in'.
Tempahan sebuah bilik 'Terrace Family' dan sebuah bilik 'Terrace Twin' di Sematan Palm Beach Resort agak berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan termasuk makan malam dan sarapan pagi untuk 8 orang. Di samping bilik yang agak 'spacious', kemudahan-kemudahan asas yang lain berada pada tahap 4 bintang. Yang paling best 'towel' boleh ditukar sekerap yang mungkin kerana ketagihan anak-anak mandi laut.

Tak sabar-sabar nak berenang
Agak-agaknya siapa yang lebih seronok, budak-budak ke emak budak?
Yooh. Mak Anjang.
Si comel bergelumang dengan pasir.
Pantai Sematan tidak hanya menjanjikan keseronokan mandi-mandi tetapi juga aktiviti-aktiviti lasak yang lain seperti berkayak, 'snorkeling', menyelam, 'hiking' dan juga lawatan melihat aktiviti industri hiliran nelayan. Banyak kemudahan disediakan Sematan Palm Beach Resort untuk kegunaan pengunjung. Maka ambil kesempatanlah, yang kali terakhir berbasikal 20 tahun yang lalu.

Ewahhh.. Mengembalikan zaman kecik-kecik dulu.
Tiga dara meredah seluruh pelusuk Sematan dengan berbasikal.
Menyewa bot laju merentas Pulau Talang-talang
Sebelum meninggalkan Sematan, sempat jugak menjenguk jeti. Nampak kejauhan 2 buah pulau: Talang-talang Kecil dan Talang-talang Besar. Kebiruan air laut Sematan memang mengamit kerinduan ditambahi pula dengan hasil laut yang banyak. Di sinilah, telur penyu dapat dinikmati melalui pasaran gelap. Harganya? Agak murah, RM1.00 hingga RM1.50 sebiji berbanding dengan tempat lain yang mencecah RM1.50.

Jeti Sematan, tempat pendaratan hasil tangakap nelayan.
Senja di persisiran pantai Sematan.
Gambar kenangan di jeti Sematan.

Saturday 1 June 2013

Jalan Raya DI Malaysia - Lubuk Maut

Salam.
Selamat Hari Gawai untuk masyarakat Dayak. Sempena dengan perayaan tersebut, izinkan saya mengingatkan pengguna-pengguna jalanraya tentang jalanraya di Malaysia yang dianggap sebagai 'lubuk maut', terutama di musim-musim perayaan begini. Ambilah ikhtibar tentang apa yang kita lihat dan dengar selama ini tentang kemalangan ngeri yang berlaku.

Menurut kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 4 kesalahan utama yang dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah melebihi kelajuan, tidak memakai topi keledar (untuk penunggang motosikal), melanggar lampu merah dan memotong di garisan berkembar.


Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan 2009. Pelbagai program telah dilaksana oleh kerajaan untuk membendong peningkatan ini khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, Ops Selamat entah apa-apa lagi Ops, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran serta penguatkuasaan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat di jalan raya. Semuanya hampeh.


Kita sering disajikan dengan berbagai peringatan, "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Padu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya". Namun pemandu-pemandu di jalan raya semakin rakus menempa maut. Buktinya, lihatlah imej-imej ngeri di bawah